• 1
Tentang Sushi dan Sesat di Subang Jaya - SSS
 
Ok ini malam pertama aku kat rumah tu. Mula-mula rasa nak duduk rumah saja. Tapi bila my 'babe' si Yanti called nak ajak jumpa. Aku yang lemah ni pon bersetuju. Lagipun yanti nak ajak makan kat sushi king. Furthermore, she want to pay. Apa lagi.
 
Sementara tunggu Yanti aku berbuka puasa dengan nasi dan lauk dulu. Saja je beli lauk. Boleh buat bersahur sekali. Dapur gas belum pasang. Tong gas yang kosong tu pun belum berganti. Malas nak buat apa-apa dulu selagi Tuan rumah bertuah tu tak betulkan sinki dan tangki air.
 
Menunggu azan maghrib, aku tertido pula. Sedar-sedar dah "Haiya 'alas Solaahhh" dah. Terpisat-pisat aku bangun pi dapur untuk ambil air sarsi yang aku buat sblm tu. Housemate aku a.k.a Head of the House (HOH) dah pergi ke rumah bf dia. Masak untuk adik bf dia?? (Aku pon tak faham). Biar lah. Aku pun dalam proses nak fahami dia.
 
Berbalik kepada kisah Yanti aku. Ni kali pertama aku jumpa dia setelah aku tinggalkan kapal besar yang nak karam tu. Rindu sangat. Yanti untung sebab sisterhood dia sentiasa sokong dia bila-bila Andrew tu nak wat dajal kat dia. Tapi aku harap Yanti pon tinggalkan "Big Ship" tu cepat-cepat. Aku doakan Yanti selalu.
 
Berbual punya berbual. Tak sedar yang Sushi King pon dah nak tutup. Orang-orang dalam tu dah pandang-pandang jeling-jeling dah pada kitorang. Tapi sempat lagi kitorang makan green soy bean pinggan terakhir tu sebelum bayar. Ihiks. Sebelum aku terlupa, aku nak nyatakan rasa benci aku pada parking space Sunway Pyramid. Sekarang susah betul nak keluar. Tah pegi mana-mana tah. Aku siap sesat2 lagi. Benci aaa. Nak balik rumah yang patutnya 10 minit jadi 1/2 jam. Ciss. *Sebenarnya aku tak terer jalan kat area Subang Jaya dan PJ tapi tak kira lah.*
 
Sampai rumah parking dah tak ada. Aku terpaksa parking jauh-jauh sket. Pasrah aje lah. Untung-untung boleh kurus buat gitu. *HARAPAN SETINGGI GUNUNG*

1 comment:

aqil said...

sunway pyramid hanya ada 3 tempat exit. tingat 5 , tingkat 1 dan tingkat 3. kau hanya perlu follow signboard ajer....

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!