cabuk

  • 1
Ehehehe. Saya kuli cabuk yang miskin.

Perangai customer saya memalukan. Saya tak kisah kalau depa nak benda-benda 'hasil' daripada projek mega ni. Tapi menuduh saya cilok 'barang-barang hadiah' daripada barang-barang yang mereka beli adalah insulting.

Lelaki perasan hensem tapi bodoh ni sedang periksa serial number 18 biji machine yang aku baru terima dari supplier. "Biasanya beli-beli barang gini, kitorang dapat tshirt. Tak ada tshirt ke? thumdrive ke?"

Saya buat muka bodoh. "Saya terima dan hantar aje barang-barang ni. Kalau nak apa-apa, minta pada manangment la kots"

Lelaki perfect body dan bodoh lagi sorang pun angguk-angguk. Dia ni dok angguk-angguk kat boss dia aje. Tapi ok la sbb dia ada perfect body dan sokong aku sket masa boss bodoh dia tu nak tukar jenama machine yang depa dah agreed masa sign off projek nih.

Lelaki perasan hensem tapi bodoh tu cakap sambil buat-buat check barang cakap " Agaknya dorang dah cilok dulu sebelum hantar barang ni".

Saya rasa nak lempang aje muka dia. Tapi sabarnya saya ckp " Takkan kitorang nak buat gitu, vendor tak bagi apa-apa pon masa delivery nih. Kalau ada pon kitorang akan bagi juga"

Lelaki perasan hensem tapi bodoh kata " Takkan la takder tshirt ke apa ke?".

Aku dengan muka blur berhangin " Saya pon dapat tshirt projek aje. Jadi apa-apa you minta daripada manangement la kots"

Ya, aku bersabar. No la encik perasan hensem, saya tak dapat apa-apa daripada projek nih. Bonus saya pon kena potong sebab encik perasan hensem pon dah minta 16ribu sumbangan masa hari keluarga bulan lepas. Ingat tak? Jangan try mengungkit, nanti saya ungkit bende-bende lain yang encik perasan hensem minta. Baru padan muka saya. Saya ni menurut perintah aje. Kuli pada company saya dan kuli pada encik perasan hensem. Jadi, tunjuklah kuasa dan tunjuklah ketamakan encik perasan hensem sementara saya ada. Nanti kempunan pulak.

Saya sebenarnya nak encik sign delivery notes saya aje.

Saya malu la. Sebab encik perasan hensem tu kaum saya. Saya tak nak melabel. Tapi dia pegawai kerajaan. Ok laa.. Separa kerajaan.

Kepada semua pegawai kerajaan or separa kerajaan yang uruskan projek ciput or projek mega-mega. Jangan minta barang-barang penghargaan daripada orang teknikal. Silalah meminta-minta pada account manager, boss atau manangement yang ada duit banyak, ada elaun keraian dan mengawal harta syarikat. Saya, kuli cabuk front end ni miskin. Tshirt projek pon baru dua minggu saya dapat.

Sekian luahan pankreas saya. Entri ni saya malas nak edit. Lantak lah.

1 comment:

amyz! said...

ahaks! kat tmpt aku mcm ni gak. tapi aku tak suka. sebab dorg mintak sumbangan family day kat vendor (system) aku. tak suka org kaco vendor aku! muahaha

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!