• 6
Perbualan Tandas.

Aku baru lepas mengambil wudu' utk Zohor. Awek penyambut tetamu yang kurus-kurus berkebaya ketat, berambut ala-ala rebonding tu membasuh tangan selepas usai urusannya didalam tandas. Masuk seorang awek exec kurus-kurus berambut megi buatan mengurai kebahu.

Awek rebonding : Rambut aku kedi-kedi tak?
Awek rambut megi : Huh? kedi-kedi tu apa?
Aku : (dalam hati) What the hell is kedi-kedi?
Awek rebonding : Kedi-kedi tu maksudnya terkeluar-keluar. (sambil betulkan rambut).
Awek rambut megi : Tak la. Ok aje.
Aku : (dalam hati) ehehehehe. Nasib baik rambut aku tak terkedi-kedi dari serkup nih.

Awek rebonding keluar dengan confident daripada toilet dengan rambut yang tak terkedi-kedi.

daun: aku tak pernah dengar perkataan terkedi-kedi. Tergedik-gedik pernah lah.

6 comments:

Anonymous said...

Ass'kom cik daun

Betol la cik daun, apa ke jadahnya kedi-kedi tu..awek tu orang mana?macam kerek je bunyinya...huhuhuhu

Wasalam

amyz! said...

what the hell kedi2 tu?? huh? rambut kedi2? =)) ahahaha.. adeh. sakit perut aku gelak!

daun said...

anony: w'salam.. tak tau laa.. slang boyan gaknya.. melayu budak tu.. ada ke perkataan tu? nak kene check kat kamus dewan nih


amyz: aku pon nak gelak gila-gila.. tapi kena ctrl laa.. sbb dia bukan cakap dengan aku...

supersomething said...

aku pernah dengan perkataan 'kedi' tuh dalam cerita p. ramlee je... tak pernah pulak dengar dengan prefix atau suffix... konfius. boyankah?

jiGOMorrison said...

Kedi tu semacam bapuk/pondan. Rujuk DO RE MI. Tak ingat yang mana satu. Kisah MI yang cuba menahan kereta dengan mengangkat seluar ke paras lutut seraya menepuk-nepuk betisnya.

sayangmama said...

gedik gedik tuh ko daun. hahaha

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!