GAJERING ( GJ Gathering) - Weblogger Day di Bagan Lalang

  • 9
GAJERING ( GJ Gathering) - Weblogger Day di Bagan Lalang

Lebih baik melepak di Bagan Lalang bersama felo blogger daripada duduk dirumah dan tidur sampai pening. Ya, aku gembira. Walaupun tak seramai gathering biasa. Aku hidup dengan moto, biar kita meriahkan suasana. Tak perlu tunggu suasana untuk meriahkan kita. Jadi, tak adalah yang rasa terpinggir dan out of place. :P

Eh! ada permainan juga. Ingat ini gathering makan-makan sahaja ke? Hahaha. Ada permainan cabutan bertuah ala-ala kotak beracun without the task list dan cabutan bertuah without the hadiah. Yang ada adalah ad hoc plan of embarrassing task to execute. Ciss sungguh.

Dimaklumkan, jangan terlalu kejam semasa memberi 'kerja' pada seseorang yang anda cabut.  Anda tak tau apa nasib anda nanti. Muahahahaha. Antara task yang kejam:

1. Mentinting membentuk no. 8 diantara dua khemah, panjat pokok dan panjat tiang. Hadiah dari daun ke Basri.
2. Peluk tiang dan menjerit I LOVE U sebanyak tiga kali. Hadiah daripada <aku tak ingat> kepada RUDI. (Tu la, ko kejam sangat pada orang lain. Ahahaha)
3. Makan brownis dan kek coklat (oleh kak Ungku) bersos cili. Buah tangan Am kepada ND.
4. Potluck campur - terdiri daripada mee laksa, egg and mayo, bawang, cili, berkuah laksa dan sos with brownis crumble on top. ND membalas hadiah yang sama kepada Am. Cuma lagi teruk.

Paling senang:
1. Makan kacang rebus 3 biji. Hadiah dari Basri kepada Neslo. Apa tu?? Basri, lepas ko melompat-lompat aku rasa oksigen telah dipam masuk secara maksima. Membuat basri lebih kreatif (baca: kejam) dalam memberi hadiah. Malah menyumbang (baca: menambah-nambah) dalam task orang lain.

Aku, aku kena menyanyi kat tebing Bagan Lalang. Dihadapan GJ dan orang ramai yang tak kenal aku. Ciss sekali lagi. Aku tak suka menyanyi di khalayak awam. Tapi lebih baik daripada kena makan-makan. Dah la aku sental laksa dua kali. Perut dah sengkak terpaksa melonggarkan tali pinggang. Biasanya tak gitu tau. Ahahaha. Kan Amyz kan?

Kalau setakat bawa Bantal Saadiah (Baca: Bantal Saloma. Sardin Roll aku mempunyai nama lain) jangan harap nak dapat hadiah Potluck Terhebat. Laksa Angah dapat menyandang gelaran itu. Note to self: Kena bawak yang paling leceh. Lenkali aku bawak makanan yang kena bawak dalam banyak tupperware.

Banyak yang aku dapat. Ilmu rebonding pon berjaya aku korek daripada EG. Kos rebonding rm200. Dan kos untuk maintain adalah 2 jam bersiap untuk blow dry rambut ect. Hasilnya, nampak hensem. Oh! Aku tak sempat tengok rambut EG yang nampak hensem, pagi tu EG putuskan untuk pergi ke GAJERING dengan rambut separa natural dan separa rebonding (baca: separa gondrong).

Berbual dengan anak-anak Spyz memang refreshing. Rupa-rupanya, Ariff dapat no. 2 dalam tadika kerana dia seronok pi tadika kerana dapat main. Memel pula dapat nombor antara 20 - 30 kerana dia tak sempat bermain masa disekolah (baca: tak best sebab byk beban pelajaran). Memel tak puas hati kerana belajar di sekolah tadika lagi senang daripada belajar di sekolah rendah. Dan yang peliknya. Aku bersetuju dengan Memel. Ahahaha.

Aku gembira. Bila berkumpul dengan kumpulan yang kecil. Anda lebih gembira, dapat bercakap dengan semua orang dan makan dengan lebih banyak. Happy Weblogger Day.

Aku pulang dengan twisties, laksa dan brownies dan kek coklat yang di tapau secara hebat. Terima Kasih kepada semua yang hadir. Macam ala-ala penganjur pula. Hahaha.

9 comments:

amyz! said...

bestnya jadi org pertama sign.. :)

bila lama tak update, sekali update sampai banyak kali. tahniah! ahaha..

aku suppose bagi hadiah blogger terhavoc kat ko laa.. ;-)

kaezrin said...

syura..i miss u.. :P

angah said...

arief kata : terima kasih kerana sudi main bola dengan saya dan tawaran menjadi maskot gajering itu akan saya fikirkan..back to ibu..

rudy bluehikari said...

hahaha... aku mmg kejam dan sadis. Aku sbnrnya nak kenakan op dgn air campuran coke+airlaut+kuahlaksa+scarmbledegg+soss, tapi syg mama punya wife baikk hati sgtttttt~

Pnut said...

i jeles u pegi gejering tu..jeles sangat tau...u lupakan i pergi gejering tu...i dengki tau....

BooK said...

**tidak hadir**

iwan said...

reply to this comment

>> daun,
wah, lepas ni dapat kad kawen mangi2 plak ek ek ek…

spyz said...

hehehe...

Anonymous said...

What a great site canadian internet service providers Royal sun alliance life assurance 1973 88 delta oldsmobile Longer lasting blowjobs laptops for mechanics

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!