• 3
Permaisuri Drama kononnya membeli ala-ala tingkap

Tak puas hati dengan Boss. Rasa menyampah. Habis jer jumpa dan senyum kat Boss. Aku pon amik barang-barang. Turun ke LG. Masuk kereta. Pergi Mines.

Janjinya tak nak beli apa-apa. Betul. Memang tak nak beli apa-apa pun. Tapi bila nampak Sandal yang selesa tahap dewa tu buat aku betul-betul teruja lar. Memang dah lama nakkan Sandal tu. Tapi haritu aku dah terbeli Sandal Bata pula.

I'm a sucker for a good SalesPerson. Cute-cute plak tu. Dem lar. Layan aku baik punya. Bagi aku 10% discount.

Terjual juga Sandal Scott tu. Gembira tak terkata. Rasa nak tukar aje heels yang aku pakai ni dengan Sandal tu. SalesPerson tu nak buat upsales dengan offer aku untuk beli kasut untuk pergi dating. Aku gelak besar sebab aku nak memang nak pakai Sandal Trekking tu untuk pergi dating. Berjalan selesa, nak lompat-lompat pon best.

Jalan-jalan, puas hati, lalilalialalal.

sms: Awak, bunuh la kite. Kite beli sandal yang amat best tadi. Uhuks.

Bercakap dalam telefon: Awak, kita pon nak satu selipar jepun jugak. Tapi kalau nak beli yang harga belas-belas ringgit leh tak? Ada.. kalau takder duit kite tak beli bebende. Awak sampai hati ke tengok kite makan pasir? Ehehehe. Thanks awak. Kite nak pi tgk selipar plak. Bye. Tata.

Ok. Sunblock cream mahal ok. Tengok yang Banana Boat. Sampai 30 ringgit. Dem. Kalau beli ini, tak boleh beli selipar jepun harga belas-belas ringgit. SPF 30 pon ok. Lagipun ada 20% discount. 

Lari bajet aku. Selipar jepun terpaksa beli dibawah bajet yang ampeh. Di Giant banyak jual selipar jepun yang cun-cun. Aku beli yang selesa dan konon-kononnya tak licin. Siap buat percubaan lompat-lompat di Giant. Nasib baik kawasan tu takder orang. tapi, kalau ada orang pun, aku tak segan nak buat that durability test. Ihiks.

Hausmet aku geleng-geleng kepala bila aku dok peraga selipar + sandal yang aku beli. Bulan ni 4 Footwear yang aku beli. Dah gila apa??? Sejak bila aku jadi Shoe Fetish ni???

3 comments:

Anonymous said...

aku pelik.
kau nak pergi dating tepi laut atau otak aku saja yang digest hal ini berkenaan sandals dan selipar sahaja tak ada kena mengena dengan laut?

- kawan kau -

Pnut said...

huhuhu...
kita pegi ganung beli sandal siam 10 henget je...mesken hena betul la...

tidak layak sandalku bersebelahan dengan sandal cik daun...

daun said...

weii kawan: aku nak pi pangkor this weekend. ahahaha.. selipar dan sandal dan babana boat sun block takder kaitan langsung.. ahahahaha...

pnut: tak main la sandai seploh ringgit... tapi sandal siam seploh ringgit akak leh berdiri sebelah selipar jepun 4 inggit kite.. ahahaha..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!