• 0

Marah. Sket.

Pagi-pagi lagi. Hati aku dah mendidih. Naik hampir 12% daripada suhu biasa. Mulut dia mcm bontot ayam berak kapur.

Si Shilake berkata "Balik semula ke office ko aje la". Pada aku.
 
Dia ambil tempat duduk aku. Nak buat testing. Aku. Baginya. Ganggu tempat testing. Ini. Ofis dia.

Dia suruh aku balik. Maknanya. Tak payah datang. Sini. Ofis dia.

Aku pandang Awek KT. Sehampeh-hampeh Awek KT pun tak pernah nak buat aku rasa begini. Bibir Awek KT pun terkumat-kamit. Ini kali pertama aku dan Awek KT rasa pertalian secara psikik.

Aku duduk. Laptop belum terpasang.

Taip sms yang aku tak pasti nak dihantar pada siapa. Lepaskan. Lepaskan marah aku. Keypad T610 aku tekan kuat-kuat. Sms tak berhantar.

Aku campak T610 ketepi. Tarik nafas panjang-panjang. Banyak kali. Indah. Oksigen menyegarkan otak dan jiwa aku.

Dia suruh aku balik. Ofis aku. Maknanya. Tak payah datang. Sini. Ofis dia.

Tapi. Aku akan tetap datang. Sini. Untuk menyusahkan si Shilake. Yang lebih indah. Aku dibayar untuk buat begitu.

Aku senyum. Lagi.

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!