• 9

Emosional Permaisuri Drama

Pencarian tempat memarkir adalah sukar bila berada dikawasan berdekatan dengan D' Limau Nipis. Ada satu tpt parkir diantara bucu yang sudah diduduki oleh sebuah Kancil. Parking serong. Bukan aku. Dia. Siap memarkir.

Aku: Eh! tak muat lah karang Kancil tu nak keluar.
Dia: Muat. Apa pulak tak muat.
Aku: Tak muat la dia nak keluar. Nanti bontot kereta awak halang kancil tu keluar. (terus membebel-bebel).

Dia mengalah. Keluarkan kereta dan usha parkir lain. Ada. Satu kosong. Yang berdekatan. Siap parkir. Lurus.

Dia: Muat tak?
Aku: Apa?
Dia: Muat tak nak keluar?
Aku:  Awak, tak sesuai tau awak nak perli kita dalam situasi sekarang ni. Takkan la kereta sebelah tu tak muat nak keluar pulak. Kan parking lurus ni??!! (emosional)
Dia: Mana ada perli. Orang tanya muat tak awak nak keluar? (muka siries)
Aku: Eh ehehehe (senyum sengeh muke bersalah sebab emo). Oh.. Sori awak, kite ingat awak perli kite. Muat.. muattt.. kite muat nak keluar. Ehehehe. Terima kasih. (Bukak pintu dan keluar daripada kereta. Jalan laju-laju nak kaver malu)

Oh awak. Kite minta maaf. Awak bukan macam kite. Awak caring. Kite yang jahat. Hehehehe sekali lagi. Nasib la awak faham kite ni Drama Queen.

9 comments:

Keluarga Zulkarnain said...

:)

BooK said...

kak daun:
salah paham. itu biase.

Pnut said...

hik..hik..kak daun gitu....

ron97 said...

hai kak daun.
nasib baik adik ila dah ceritakan
hehehe

spyz said...

"Dia: Muat tak nak keluar?"

tapi, ayat ni juga mungkin memerli.. hehehe...

ko memang boleh jadi cikgu..
:-)

Bukunota said...

ooooooooooooooooooooooooo

rudy bluehikari said...

dalam isitilah org kawen... "muat tak muat nak keluar" adalah significan kpd pelakuan dotdotdot hahahaahhah! daun..daun...

sayangmama said...

hah.. daun the permaisuri drama
... sembilu kasih? hahahahha

webhosting resellers said...
This comment has been removed by a blog administrator.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!