• 7

Padan memadan.

Saya sakit hati bila orang berkata, baju dan tudung saya tidak padan. Orang tak fikir ke apa perasaan saya bila dia berkata begitu? Bagaimana saya nak meneruskan seharian dengan baju yang pada pandangan orang lain tidak padan? Lain la kesnya kalau ada baju untuk diganti selepas teguran ampeh itu.

Saya berharap, orang lain akan lebih berhati-hati jika menegur. Tegur la sebelum saya memakai baju dan tudung yang tidak padan itu. Atau pasca pemakaian baju dan tudung yang tidak padan. Sekurang-kurangnya saya tak rasa malu sepanjang pemakaian tak padan saya itu. Remuk hati saya.

Cuba bayangkan anda ditegur sedemikian. :( Sadis bukan?

Tapi disini saya terus terang katakan, saya tak sukakan lelaki yang pakai baju ketat dan sleeveless. Orang lain boleh pakai begitu, lantak diorang la. Bukan bf saya. *Nak mampos ke??*

Lagi remuk jika saya cuma mendapat tahu yang apa yang saya pakai tidak padan dari orang lain. Maksudnya, kawan saya berkata *mengumpat* saya di belakang dengan rakan saya yang lain, dan rakan saya menyampaikan kepada saya. Oh! my heart shattered. Tak ada siapa yang boleh kutip dan cantum semula.

Sebenarnya sukar untuk mencari tudung yang padan dengan baju. Apa definasi padan atau tidak? Berbeza bukan daripada setiap individu. Ada orang yang tak kisah, asalkan ada setitik warna yang ada pada baju ada pada tudung nya. Ianya sudah menjadi padan. Ada pula mahu semuanya warna yang ada pada baju ada pada tudung dan ada sekelumit warna2 luar untuk menyerikan lagi gandingannya. Ada juga berpendapat, tudung mesti sedondon dengan warna bunga pada baju. Subjektif sungguh.

Mungkin anda lihat, eh! merahnya mak ngah nih. Fehhh! kampung sungguh, sanggup dia pakai tudung biru dengan baju hijau pucuk pisang tu. Waaa, beriya2 nyer dressing dia macam mak datin.

Percayalah, setiap orang berusaha untuk nampak cantik dan elok. Pandangan setiap individu mmg berbeza, yang penting kita hormati penampilan setiap manusia. Bukan semua orang bernasib baik dengan mempunyai duit yang banyak untuk membeli pakaian atau mempunyai sentuhan memadankan baju dan tudung seperti anda. Kalau betul la anda tak suka, tegur selepas itu atau diamkan sahaja. Dia bukannya minta duit anda untuk bershopping pon. Its just a bad taste. Asalkan tak langgar syariat dan orang tu hepi, biarkan aje la.

p/s: Kadang-kadang yang menegur tu pon bukannya cun sangat pon dressing dia. Beritahu bila ditanya. Kalau tak ditanya, anggap yang dia puas hati dengan penampilannya. Itu sentuhan personalisasi masing-masing. :P

7 comments:

BooK said...

tak patut betul. kalau aku kene. dah le aku ni takde fashion sense. pakai ikut sedap je. main capai je. nasib baik aku lelaki. simple pon takpe.

Tok Rimau said...

Yang penting tutup aurat.

Aku ada kawan yang buta warna. Dia gembira spray motor dia warna hijau pucuk pisang. Dia peduli apa orang lain sakit mata. Yang penting matanya sejuk.

kaloi said...

Sekarang nie...
kalau baju kuning tudung merah pun takper... memang la tak match tapi kan tue fesyen....
lain kali kalau orang tegur "tak match" bagitau jer.. " nie la fesyen terkini, tak update ker",? hehehhe.....
Bos aku selamba jer pakai kasut sebelah biru sebelah hijau....tue fesyen the latest katanyer....
Pedulikan apa orang kata.. yang penting "sopan dan menutup aurat"

Bukunota said...

mcm mana kalau bf awak pakau baju kolar v?

uiiiiiiiiiiiit!

daun said...

bukh: ahahaa.. stgh lelaki mmg takder sense of fashion.. its ok.. kalau lelaki yang terlebih berfesyen pon rasa nak lepuk jugak.. :).. lepas ada gf baru ko nampak hensem bergaya kotttt...

tokr: betul tok.. yang penting tutup aurat.. kalau orang lain sakit mata pon.. bukan dia yang bagi duit sara pakai kita.. :) .. motor adik kita konon2 kaler hijau sauber petronas.. tak baper berkenan.. tapi dah dia sukaa..... pejam amata jer laaa

kaloi: sense of fashion masing2 berbeza... :) betul.. i'll ignore them next time.. boss ko very daring.. :) salutee!

nazmi: bukankah lelaki yang pakai baju kolar V nampak lagi kurus.. ke maksud ko berbentuk V sampai nampak cleavage atau bulu dada??? :P

kunci hilang said...

wah.. sensitif sungguh kamu.
tapi mungkin juga lebih baik jika ditegur oleh mereka yg prihatin, sekurang2nya kamu tahu isihati dan pandangan mereka. Berbanding jika disimpan begitu saja, dan lalu kamu ditertawakan di dalam hati atau ditertawakan bersama2 orang lain di belakang.

daun said...

jumpa kunci: tegur lah semasa saya tidak memakai pakaian tak padan tersebut.. Kalau di tertawakan dibelakang, saya tak kisah.. Things that i dont know, wont hurt me.. Ya, saya sensitif.. lalilallailalala

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!