• 24
Jangan Biar aku berfikir
 
Bila memandu seorang diri dan ada sesuatu yang mengusik hati. saya tak akan pasang radio. Saya akan biarkan otak saya berfikir sekali sekala. Mendengar radio adalah escapism bagi saya. Jadi saya tak payah nak memikirkan permasaalahan dunia yang berlaku disekitar saya.

Semalam sesuatu mengganggu saya. Kenangan pahit tu banyak. Cuma saya tak mahu membangunkan mayat dalam kubur. Ianya tak indah. Ianya tak sepatutnya berlaku. Tetapi seseorang telah korek kubur tu dan campakkan mayat tu kepada saya. Semula.

Cinta itu indah. Selepas saya tanam mayat si celaka itu tahun lepas, saya dah bangkit semula. Disini saya tekankan, kalau saya tahu dia tu suami orang. Saya takkan mengada-ngada. Berhenti.

Sun*dal itu tuduhan yang berat untuk saya. Kalau mak ayah saya tahu ada yang menuduh saya sedemikian, mereka akan susah hati. Tapi kalau ianya dapat melegakan hati si penuduh. Tuduh la sesuka hati. Menggembirakan hati orang pun dapat pahala bukan? (Bila saya sudah sebut mungkin pahalanya tiada ataupun kurang. Tak mengapalah).

Andartu?. Anda buat saya gelak. Terlalu awal bagi anda untuk menggelar saya andartu. Umur minima wanita berkahwin adalah 25.1 tahun, itu pun pada tahun 2001. Ini tahun 2006, saya belum pon berumur 27 tahun. Mak ayah saya memang menyuruh saya berkahwin. Tapi masanya tidak sesuai kerana tak ada calon yang sesuai.

Bangla?. Saya tak meminati Bangla walaupun saya suka dengan Shah Rukh Khan. Lagi satu, Bangla tak suka dipanggil Bangla. Bangla digunakan untuk merujuk Bahasa mereka. Mereka lebih gemar digelar Bangladeshi. Oh! banyaknya saya tahu tentang Bangladeshi. Mungkinkah saya ada hati dengan Bangla? (saya refer sebagai Bangla sebab saya takut anda tak faham). Saya ada rakan baik dari Bangladesh masa saya belajar dulu. Walaupun dia ada hati pada saya, saya tolak dengan baik. Saya tolak kerana dia tak dapat menjawab soalan saya tentang masa depan dengan baik. Dia mmg pemurah, dia hadiahkan saya 1 kg kurma bersempena bulan Ramadhan.

Saya tahu, susah untuk hidup dengan perasaan sakit hati. Jadi sekarang saya buang sedikit demi sedikit rasa sakit hati saya pada si celaka (panggilan ini diberi kerana masih ada sket rasa sakit hati saya pada dia). Sekarang saya senang hati. Saya harap anda sudah habiskan rasa sakit hati anda pada saya. Walaupun hati saya meronta-ronta nak tahu kenapa anda menyerang saya dengan tuduhan-tuduhan sedemikian, saya biarkan lah sahaja.
 
Tapi itu tak menghalang saya untuk membuat spekulasi-spekulasi atas perbuatan awak ini.

Jika anda seorang lelaki:
1. Saya pernah lukakan hati anda dengan mereject anda.
2. Saya telah reject sahabat baik anda
3. Saya tak pernah update tentang anda
4. Kekasih anda jadi lesbian dan anda menyalahkan saya


Jika anda seorang wanita:
1. Suami anda tergoda dengan saya
2. Suami anda simpan nombor telefon saya dengan nama "SaYang"
3. Bf anda meminati saya dalam diam, dan anda telah dapat tahu
4. Tunang anda letak blog saya dalam list Favourite-nya
5. Ex-bf anda sedang cuba mengorat saya
6. Anda jelak dengan saya
7. Anda dengki dengan hidup saya
8. Anda nak mengorat adik saya yang hensem tetapi kena reject bulat-bulat
9. Anda dapat tahu sesuatu, hendak memberitahu saya, tapi tak tahu cara yang sesuai

Saya boleh tambah, tapi saya tak mahu buat anda bertambah sakit hati. Untuk melegakan hati anda, saya dah jatuh cinta pada seseorang. Dia seorang bujang, dan saya berharap dia tak ada kaitan dengan anda. Jika tidak, kata-kata nista awak akan bunuh hati saya.

Menyintai lebih indah daripada membenci. Kebencian adalah beban yang digalas kemana-mana pun anda pergi. Hidup anda tak akan senang. Saya sedang bahagia sekarang. Saya mahu semua orang bahagia seperti saya juga.

Terima Kasih.
 
Saya merapu-rapu:
daun

24 comments:

Anonymous said...

nak tujukan lagu laskar cinta kat daun...

archiq said...

"...saya dah jatuh cinta pada seseorang..."

alamakk... melepas da archiq... ehehehe... jangan dipedulikan sangat dengan ayat-ayat dia tu... orang yang bercakap seperti itu, dia 'envy' atau dengki pada anda...

take care...

Saya yang dah lama tak jumpa daun,
Archiq

Bukunota said...

kalau daun guna kata ganti nama "saya". itu mmg something.

baik mintak ampun.

Zareda said...

daun, kakzar singgah lagi. Baru nak suka suka tengok daun tengah bahagia, ada juga yang dengki dengki ek.. sabo ajelah daun

spyz said...

"saya dah jatuh cinta pada seseorang"
wowww.. macam pengakuan CT
hehehe..

Anonymous said...

daun,
zaza kalau guna gantinama saya dalam entry pun mmg untuk nada-nada yang macam ni.

Semoga terus berbahagia! (",)

BooK said...

spyz:
ct jatuh cinta ngn mekap. hampeh btol. aku ingat die nak kate 'saya jatuh cinta ngn booK'.

kak daun:
aha! kak telah bagi aku idea untuk memasak.

kaloi said...

Sabaq jer la....
Ingat.. Allah Maha Adil...
"dia" tue pun tak senang hidup dia......

sayangmama said...

akhirnya! pengakuan ikhlas daun.

"saya dah jatuh cinta,"

Ahahahaha.

Anonymous said...

Aku suka banget entry kali ini. Sangat2 suka. Bahasa dia amat2 senang. Motif dan fokus juga sangat jelas. Pengakuan ittew sebenarnya sangat ditunggu2....jeng2... teruskan daun.go daun go. -queen-

Dhani said...

cinta adalah hakekat - Dewa 19

daun said...

onani: Terima kasih.. Lagu tu aku lom fahami lagi.. nanti aku dengar semula

archiq: lama kita tak jumpa ek? nak beramas mesra pon tak sempat. Cemburu dengan aku ok laa. Dengki tu yang tak nak. Tak senang hidup.

bukunota: aku terkawal lagi. Masa menulis tu dalam mood yang sangat tegas.

kak zar: tak tau la apa masaalah orang tu. thanks sebab datang sini. Miss u. Muahhss

spyz: aku pun jatuh cinta dengan Olay jugak

zaza: ok jugak kalau guna saya ni kan? :P

book: kat mana yang akak ada sebut pasal masakan dalam entry ni dik oiiii

kaloi: kalau si celaka, mmg aku harap dia tak senang hidup. Tapi sadis plak bila orang lain yang aku tak kacau pun tak senang hidup. ehehehe

langsat said...

weih

pengakuan ikhlas.

"saya telah jatuh cinta dengan seseorang"

jeng jeng jeng..

kalu main teka2 salah pulak.

Kopi Suam said...

akak dulu penah jugak terjebak dengan celaka...dia memang celaka sebab dia kata dia belum kawin..

jadi kita memang kena lebih berhati-hati..
InsyaALLAH ada jodoh tidak kemana..

ayobkelubi said...

barangkali akan ada sesuatu yg akan membuatkan cik daun akan berhenti berfikir tapi akan terus melipat.merekabentuk dan ketawa.

barangkali.

bergantung pada posmen.

Anonymous said...

bagaimanakah kan ku mula
dan apakah kata kata
yg indah utk ku abadikn..

-melukut tepi gantang-

bean_beh said...

saya pun masih bujang
ngeh3

zizie ali said...

...Cuma saya tak mahu membangunkan mayat dalam kubur...
ayat di atas mengganggu ketenteraman saya. :)

BooK said...

kak daun:
aku dapati akak menulis dengan nada tenang. aha. menulis dengan tenang begini lah. cara terbaik. untuk tidak menelanjangkan kebodohan kita. kata-kata orang marah. akan segera dikesali mereka. justeru. dengan sedala ketenangan yang ada. kita lupa kan. seketika. kalau tak terus pun. kita pegi makan. aku masak spesel untuk akak. harap penjelasan ini jelas. jika tidak penjelasan ini akan perlukan satu lagi penjelasan.

Anonymous said...

la tahzan tu dah khatam. ada org hadiahkan dulu. tp aku rasa aku kena khatamkan 100 kali lagi kot baru ok. :p

daun sekarang bukan lagi daun yg dulu. daun sekarang telah jatuh cinta. hehehe.

All the best mek!

-salina-

kel@mbu said...

Celakanya...
Hanya kaulah yang benar-benar aku tunggu,
Hanya kaulah yang benar-benar memahamiku,
Kau pergi dan hilang ke mana pun kau suka

Amyz said...

wuuuhuuuu..
\(^.^)/
dah ada pengakuan! ahaha.. tu je ke korang nampak? :p

aku suka spekulasi ko tu. muahahaha..

daun said...

sayangmama: tu jer yang ko nampak ek? ahahaha. No comment

Queen: sejak bila tersampuk indon ni dik. :P Thanks for the cheer

Dhani: Cinta tu hakikat yang tak nampak

langsat: Jangan teka2. Kalau salah buat malu aje.. ehehehe. nampaknya orang lagi suka baca pengakuan aku tuh.. ampeh sungguh

kopisuam: ehehee. akak, thanks for sharing. Jangan biarkan celaka menghantui kita.

ayob: betul, mungkin ada anjakan paradigma bila aku berfikir selepas ini.

anony(melukut ditepi gantang): jiwangnya hang.. ahahaha

bean: aku tau ko masih bujang. bujang tapi unavailable


zizie ali: perbuatan tu mmg mengganggu ketenteraman. Analogy sahaja tu. Jangan gentar. :P


bukh: betul, bila marah kita lebih nampak bodoh. Penjelasan ni kalau tak jelas, meh sini akak citer secara personal. Baru faham kotsss.. :P

Sal: Sal sekarang bukan lagi Sal yang dulu, Sal sekarang sudah malas update blog. Aahahahah.

Bagus la La tahzan tu kan? aku masih lom khatam, tapi aku dok promo buku tu

Kelambu: maksud Celaka dalam lagu tu dan celaka dalam entry aku ni lain. Tapi susun atur hurufnya sama. :P

Amyz: Ko aje yang nampak beyond the entry. ahahah. thanks

Anonymous said...

cinta giler mmg wat kite tonggong cam hamjadah......wakakaka

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!