• 0
Bersiap tak siap
 
Susah jadi orang yang suka bercantik-cantik. Penampilan ikut mood. Kalau mood baik, adalah masa setengah jam untuk bersiap-siap. Maksud aku mekap dan sebagainya. Sapu bedak asas tutup cela. Sempat mengoles gincu pada bibir. Sempat melukis garis pada kelopak mata. Sempat melukis kening sebaris. Sempat siapkan rambut simpul-simpul.

Semalamnya bergaduh dengan Abang. Abang keluar dengan perempuan mana pakai baju balut dada di KFC Taman Melati. Jiran kepada kawan baik kepada kawan aku yang beritahu. Cerita-cerita begini mmg pantas menjalar. Tau-tau aje aku dapat tahu. Hati remuk rendam. Aku hantar sms sebaris pada Abang. Hilang semua rindu yang telah diungkap semalam. Void.

Harini, aku pergi kerja. Macam orang tak siap.

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!