• 10
Annoying kan bila diserbu oleh sales person yang jual benda yang tidak-tidak.

Turun sahaja daripada escalator (dalam bahasa melayu apa ya? tangga bergerak? atau penaik aras? ahahaha ), laju sahaja dia (maksud aku salesperson) menghulurkan pamplet. Kenapa dia (sekali lagi, salesperson) menghulurkannya pada anda? Bukan rakan anda? Bukan orang yang lalu terdahulu dihadapan anda tadi?.

Bila anda lihat pamplet tu. Hati/Ego anda tercalar. Rupa-rupanya promosi melebatkan rambut. Eh! ye ke? Tak la, ye ke? Rakan (perempuan) yang keluar bersama anda cuma gelak (jahat). Ampeh kan? Kalau anda tak sedar lagi, maknanya, anda masih lagi dalam penafian.

menjelink:
1.Tools of hamdling Loss
2.Understanding Hair Loss

p/s: Bukan la, orang yang kurang rambut lagi sweet kots. *Aku pon masih lagi berada dalam penafian jugak. ahahaha*

10 comments:

jarri said...

pankreas pertama.

madulebah said...

haha.. aku baru je last week mempersoalkan tindakan salesperson yang offer perfume kat aku, bukan kepada 'teman' aku yang berjalan selangkah kat depan..

eeerrr aku x cukup wangi ke? hahaha

PenutupOren said...

erm.. barangkali ader sesuatu yg menarik salesperson itu kpd mu cik daun.. kerana yang tersurat bukan membenarkan yang tersirat..

Amyz said...

aku rasa terganggu bila dihulurkan buku kanak-kanak untuk aku beli~

ron97 said...

tahniah,
anda pemenang bertuah!
anda terpilih!

RHAPSODY said...

haha, me on the other hand selalu tersinggung sebab salesperson selalu mengignore saye!

what am i? invisible?

tapi agak best juge kerana tidak diganggu oleh obnoxious credit card people.

Anonymous said...

Daun,
Cikzz pun selalu kena kacau ngan salesman gak.
Tapi paling tak tahan bila asyik kena approach beli buku kanak-kanak atau beli corset untuk kuruskan badan.
very the ada hint di situ! Huwaaaaa.

Tok Rimau said...

Rambut bukan mahkota lelaki. mahkota lelaki adalah dompetnya.

bubblepuddle said...

sy tgh pregnant dan semalam ptg didatangi salesperson produk menguruskan badan...

bubblepuddle said...

sy tgh pregnant n smlm ptg didatangi salesperson menawarkan khidmat menguruskan badan...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!