• 3

1 April - Laman Seni dan etc etc

Ada orang nak bersenam seni di Laman Seni. Aku malas nak join. Deng! Takan lah nak berbangun pagi gila untuk sampai di Laman Seni pukul 8.30 pagi untuk bersenam?!!. Aku belum gila lagi ek?

Aku pergi bersama Clan Putrajaya/Serdang (Nesloais, Bean dan Ajid). Dorang sumer dah sarapan, aku aje belom. Sabar jer lah. Singgah Petronas untuk beli bahan2 melantak. Rupa-rupanya orang yang dah sarapan pon melantak sama. Sungguh lah ampeh. Bercamping di dalam Kembara kerana kereta banyak. Agaknya diorang pun nak pi Laman Seni pagi Sabtu ni.

Kedatangan aku disambut dengan lagu Selawat oleh Geng muzik asli. Rasa diberkati pula kedatangan aku and the gang (Perasan macam VIP plak). Kali pertama aku pergi Laman Seni ni, rasa best pulak. Macam bazar orang-orang yang talented (pelukis-pelukis).

Bagi aku bertuah orang yang pandai melukis. Anak aku karang (tak tau bila), aku harap pandai melukis. Tak la kejung macam aku ( kejap kejung, kejap berseni. Seni masak boleh dikira ke?). Mungkin aku kena cari orang yang pandai melukis (bukan yang pandai lukis guna autocad aje kots). Kawan aku cakap, kalau nak anak pandai melukis, masa tanam uri (berangan lagi), letak sekali pensel kaler stabilo, Drawing board, Photoshop, Dreamweaver, Maya, AutoCAD ( ok ok.. in case aku tak kawin dengan pelukis AutoCAD) dan buku C++ (kalau dia leh terer programming pon ok jugak).

Berbalik kepada bende nyata, sampai juga aku ke Gerai 33. Banyak ong!. Dua nombor berturut2 bermakna penggandaan jualan. Ahaks (Ye lah tu). Nampak tokR yang betul-betul memakai topi koboi ( Idola kene nampak lain daripada golongan marhaen) dan Sinaganaga yang memakai topi pancing dan Spek Ella ( bukan Elle, tapi Ella, sebab Ella pernah pakai spek oversize tu) dan MJ ( aku minat dia dan dia minat aku, kami sama-sama berkongsi lagu fav yang sama. Lagu tema tv pendidikan *tenenet nenet nenet tenenet nenet nenet*) yang memakai baju senada warna bukunya. Itu semua adalah untuk tujuan promosi. Baru la seronok peminat nak bergambar dengan Idola. :P

Gerai ramai pengunjung, aku nampak OP, Jigo dan Spyz ( semua berpakaian golongan marhaen ). Bagus la GJ nih, ramai staff yang suka buat keje sukarela. :) Aku sapa-sapa, kutuk-kutuk, belek-belek, bersosial dengan banyaknya. Ehehee.

Aku beli la AKB and JJ. Tolong kawan-kawan, Jigs and OP, Sabotaj aku tak beli sebab nanti peminat korang yang lain tak dapat nak beli. Kesian dorang. Tapi Sabotaj pon langsai kan? Ok la tuh. ;)

Lagi satu, aku salam dengan mak MJ yang datang melawat gerai anaknya. Datang dari jauh tu. Nak tunggu anak dia jadi lawyer lambat sangat, tau-tau dah buat buku. ;). (Menyesal aku tak pakai baju kurung haritu. Deng!)

Peristiwa yang tak dapat dilupakan di Laman Seni. Scene dimana anak Wakdin muntah. Sejibik macam Rock UUUU!!!.

Aku dapat generic sign daripada sinaganaga. Tapi daripada TokR aku dapat "Daun, I Lap U" dan ucapan custom made daripada MJ " Daun, Terima kasih kerana POYO dan GEDIK" . What can I say, I can be very gedik dan poyo if I want to. Bukan selalu, but most of the time.

Selepas solat dan lepak sekejap-sekejap lagi, kitorang pi main bowling. Kalau ada kategori wanita, aku lah juara. :P Episode selepas itu berkisar dengan makan-makan nasik lemak 2 bungkus, indecisive decision, sesat-sesat lagi, shopping dan makan lagi.

Penat SIOT!!! Tapi penat-penat pon sebelum tido aku sempat baca JJ 4 5 mukasurat sblm aku tido. Ini bukan main-main, ini betul-betul. :)

3 comments:

BooK said...

kak daun. gedik?
kak daun. poyo?
ehe

ron97 said...

entry ko kali ni, mengingatkan aku entry ko masa gath 11/11/2001
:D

Pnut said...

gedik dan poyo adalah sesuatu yang sangat manis kan??
marilah kita bergedik dan poyo...
kita namakan geng kita geng GEPO (gedik+poyo)

presiden dia Mat Jan..kita bubarkan Kelab Mengumpat kita...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!