• 15
Santau

Lemaunya aku nak menulis. Kene santau dengan Creme Caramel. Nak cari the ultimate way to make the perfect creme caramel dengan cara kukus. Jadi aku asyik dok buat creme caramel jer. Aku bukan pemakan creme caramel, tapi aku suka buat since ada jer tukang makannya.

Creme caramel aku dapat puji-pujian masa potluck office tu. Aku bawa dua biji. Nampak comel jer atas pinggan arcopal putih yang aku cilok dari mama. Habis juga. Aku takut orang tak sudi nak makan. Sedih siot.

Sudah-sudah la tu. Asyik buat creme caramel jer. Aku nak try buat masakan lain pula. Sapa nak cadangkan any desert yang menjadi pujaan ramai? Aku nak try. Tetapi kalau melibat proses bakar membakar, aku akan KIV dulu. Aku cuma ada periuk kukus cap kucing jer. Oven cap butterfly kaler hitam tu masih dalam pencarian. Doakan pencarian aku berjaya. Iya, aku miskin. Tak mampu nak beli oven or microwave. Nak barang hebat2. Tunggu lepas kawin la. Minta kat laki aku la karang.

Ada oven akan membuat aku lagi rajin cuba masakan baru. :D

15 comments:

Anonymous said...

hantaran buat syura :

sebuah oven baby belling (good investment nieh)
satu set barang2 dapur yang canggih untuk dia experiment bermacam jenis masakan. bakar ke, rebus ke, kukus ke,hapa ke.
anglo.(tau apa itu anglo?)

aku rasa okaylah kan? plus duit tambahan untuk other expenses, renovate sebuah dapur mengikut citarasa cik syura. hehehehe

NAT, DO YOU GET THE HINTS?

-rafthah-

supersomething said...

aku suka betul cerita pasal makan... apa kata ko cari resepi 'chicken resso'? masa kecik dulu bibik aku selalu masak, dia belajar dari boss lama dia. sedap. tapi ni bukan desert. kira macam snacks lah..

kaezrin said...

daun

http://www.melayu.com/v2/sembang2/mesej.php?thread=12699

dlm tuh ader thread mana ko nak dpt oven cap butterfly..

btw aku rasa aku kena duduk ngan ko sekali together and buat the ultimate caramel lah..i guess something wrong with my mil stove or soemthing horror semacam..tense aku

kartini said...

syura ...akud ah cuba nasik ayam resepi ko....jadi tapi kurang rasa siket :p

yum yum ....yg paling best dapat pujian dari laki aku :p kih kih

awalpagi said...

cream caremel? resepi dia sama dgn yg ijat letak kat dia punye blog satu masa dulu ke?? mcm best aje.. kalau oven bakar pizza boleh buat tak krim karemel nih?

cik daun, adik kau paper apa hari nih?

Anonymous said...

ko buat puding lain pulak. :D

tak pon seri muka, tepung pelita, tp jangan tanya aku resepi, aku tau makan jer :p

-sal-

jamri said...

buatkan bubur sum-sum boleh?

Cik Easy said...

Hmmm... oven cap butterfly? ini macam tiru cerita drama TV1 sebuah oven untuk ibu jer...

Cik Easy said...

Ehhh uya ada nasi ayam nyer formula ke? ini inherit dari kak nita nih...

daun said...

ika: anglo aku tak tau.. tapi bende2 kat atas tu aku suka sangat2.. ahahaha. cadangan yang baik.. tak sia2 aku kawan dengan ko.

supersomething: aku try cari resepi tu karang.. :) bawak masa potluck tu.. ahahaha.. ko pon rajin masak ek? untung ana..

elin: thanks.. aku akan try cari kat area serdang dulu.. kalau tak jumpa and mahal sangat.. aku turun KL kat yapying trading tu..

Creme caramel tu.. nanti kita jumpa2 lepak2 leh masak sama2.. ahaha..

Kartini: best kan? kurang garam takpe.. leh improve in next time.. bila nak bagi aku rasa nih..

awalpagi: Resepi sama.. ko nak bakar ek? boleh.. tapi ko buat steam bake.. the result is much better.. mangkuk creme caramel tu diletak atas bekas yang ada air panas.. dan bakar..

adik aku amik Fizik arini..

sal: tu aku lom try lagi.. kuih2 traditional nih.. oldskul laa.. ahaha. berlagak sungguh.. next time aku buat kuih2 talam.. :D

jamri: aku selalu jugak masak bubur sumsum masa aku belajar dulu.. tapi tepung kat UK tak berapa fine .. jadi tak sedap sangat.. sonang jo tu..

easy: tak tiru citer tu.. tapi takder fulus nak beli yang mahal2.. aahhaha.. resepi nasi ayam tu mmg inherit dari kak nitaa.. :D

supersomething said...

uya.. uya... uya..... lalalallaaa....
memandangkan ko terrorist dalam bidang masakan ni... aku nak tanya, camana nk buat ayam goreng berempah yang selalu di'serve'dengan nasik lemak kukus tuh? paling hebat aku goreng ayam pun campur ngan serbuk kari... takde pulak jadik best macam tu...

madulebah said...

Daun bebeh,

apa kata kita tukar2.. aku pinjam periuk kukus cap kucing ko.. dan aku bagi pinjam oven cap butterfly ku kat ko.. so nanti kita bulehs tukar2 masakan..?

amacam??

sayangmama said...

wahhh... tukar tukar barang. lepas tukar2 barang tuh, korang masak masak then panggil aku makan makan leh tak. ahahahaa

daun said...

supersomething: uya tu panggilan keluarga daaa.. ampehss..

Bagi aku ayam goreng berempah (style mak aku) guna :
bawang putih
halia
ketumbar
kunyit
garam

cara-cara:
1. tumbuk bawang putih + halia + ketumbar
2. Gaul bahan tumbuk dengan kuit dan garam
3. Peram sekejap
4. Goreng garing (sedap gilesss).

p/s: aku saspek ayam grg berempah yang dijual secara komersial menggunakan sedikit tepung. :)

Nida: Aku akan cari periuk tu ahad nih. Lagi senang kalau aku own one. Kalau tak jumpa jugak, aku akan consider the barter trade.. :D Menguntungkan

Am: Ewah-ewah... ada sessi melantak plak.. kalau ko kenyang.. apa faedahnya pada aku? :P ko kene bawak something yang ko masak jugakk.. kita sama2 merasa laa.. :P

supersomething said...

terima kasih atas resepi uya. bila aku rajin nanti aku akan try. bila nak buat potluck?

p/s: kalau ko uya, easy apa? jee?

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!