• 15
Musim Periksa

Tahun ni ada dua orang adik aku yang akan amik periksa besar. Maksud aku peperiksaan yang konon-konon akan tentukan masa depan diorang. SPM & STPM.

Opik akan amik SPM. Dia amik agama + sains. 11 subjek.

Syidah akan amik STPM. Syariah. 4 subjek atau 5 subjek aku tak pasti.

Yang pasti, aku akan doakan kejayaan adik-adik aku. Mama & ayah pon akan sentiasa doakan kejayaan anak-anaknya. Ayah akan solat sunat sepanjang hari peperiksaan adik-adik aku. Mohon dipermudahkan menjawab soalan.

Aku mohon doa daripada pembaca weblog aku (if any), doakan adik-adik aku ek? Doakan yang baik-baik jer. Terima Kasih.

15 comments:

Cik Easy said...

12 subjek..opik amik 12 subjek.. syidah amik 5 subjek

samurai said...

kenapa ade word 'konon-konon'? mcm tak yakin jek. :D

gudlak to ur adik2.

ros said...

semoga Opik dan Syidah lancar dlm menjwb soalan2..Amin!

jamri said...

cakap kat opik dgn syidah, kalau berjaya nanti pakcik jamri nak belanja makan.

ayobkelubi said...

semoga adik adik daun ikut jejak kakak dia jadi otai kat portsmouth balik.

amin.

hehehe

daun said...

cik easy: mana la orang ingat longgggg...

samurai: kalau ianya tak menentukan masa depan pon tak jadi hal. Ada setengah orang dengan PMR pon dpt menjamin masa depan dia.. :D

ros: thanks kak.. :D

jamri: ni nanti nak kene tuntut nihhhh.. :D jangan buat2 lupa plak..

ayob: insyaAllah yob.. ehehehe.. Opik nak jadi doktor, Syidah.. aku tak sure.. ehehe.. jadi orang pon cukup laa.. :D cikgu kotss

Syida said...

adik2 sure cemerlang cam abg ngan akak dia gak.. aminn..

spyz said...

Aminnnn..

mamselle said...

cik daun!

slmat ari raye.. mintak maaf zahir batin. nak duit raye? :P

awalpagi said...

moga dimudahkan Allah.. amin..

Anonymous said...

Semoga success..:-)

Dimudahkan oleh Allah dalam menjawab soalan2 ujian..

Bunda Shafiya

http://keluargazulkarnain.blogspot.com

bean_beh said...

adik pompuan aku pong SPM gak...aku yg lebih risau dari dia, isk...sekali la kita doakan adik2 kita nih yek, moga2 Allah terangkan & tenangkan ati..lancar menjawab, i'Allah

Dvyina said...

Adik aku pun sama gak daun.
Tapi adik aku ni degil.
Soh belajar takmau.

Adeh..

amyz! said...

insya Allah. doakan yang terbaik. :)

sayangmama said...

semoga yang terbaik utk adik-adik kau, adik bean, adik adik org lain dan semua calon exam tahun ni.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!