• 2
Kereta dan Hujan

Kereta aku tak sempat nak dicuci pon sebelum raya. Jadi, aku tak nak bergerak pon dengan kereta aku. Biarlah adik aku dengan kereta barunya dilenjan utk beraya. Aku nak drive pon malas. Lepas balik kampung, aku drive sekali sahaja.

Harini raya ke-6. Ayah basuhkan kereta aku. Hepi la tengok kereta aku kilat-kilat bersih gitu. Tapi yang buat hati aku berderai *bunyi kaca retak pling pling*, masa aku nak keluar pergi ke office tadi. Hujan pon turun dengan hebatnya. Aku pejam mata, masa tukar ke gear reverse nak kuar dari porch rumah. Tak sampai hati tengok kereta aku selepas lalu di becak kaler oren kat tengah laman rumah. Ayah gelak-gelak jer tengok gelagat aku dari tingkap rumah.

Sakit jiwa weih. Dah la basuh kereta 3 bulan sekali. Mungkin lebih dari 3 bulan, I'm not counting. Bila dah basuh jadi begitu pulak. Ayah aku yang basuh pulak tu. Dengan penuh kasih sayang. Or perasaan meluat tengok keta aku kotor gila. Tak kisah la. Asalkan berbasuh. Itu pon aku dah bersyukur sangat2 dah.

Pernah sekali aku pergi ke kedai cuci kereta. Kereta aku kotor sangat-sangat. Tapi India tu reject sebab hari nak hujan. Aku cakap yang aku tak kisah. Asalkan kereta aku berbasuh. Biar la hujan. Daki kat cermin yang buat pandangan aku berbelak-belak tu yang menyakitkan mata dan hati aku. Masa tu aku kisah, sekarang aku tak berapa kisah.

Itu cerita lain, kali ni aku tak kisah pon bercuci ke tidak. Dengan automatik kereta aku bersih. Ayah aku yang basuh. Bila hujan turun. Rasa nak meraung. Huwaaaaaaaaaaa.

Oh oh oh.. Hujan. Redha jer la aku. Lagipun hujan tu adalah rahmat bukan? Bersyukurlah. *sambil lap air mata*

daun: Hujan-hujan gini sedap tido ek?

2 comments:

Syida said...

Aku pun makin malas basuh kereta. Kdg2 balik kg, ayah aku rimas, dia basuhkan.. heehehehe..

sayangmama said...

kereta aku pun tak berbasuh. lama sangat dah. Ingat nak pegi sedekah la sikit kat India car wash tuh. nanti kesian dia kurang customer.

- org yang kau cucuk angin dari belakang.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!