Tauhu Sumbat Cuka Palembang

  • 20
Tauhu Sumbat Cuka Palembang
p/s: Kalau nak resepi terus tengok kat bawah tu.

Tauhu Sumbat adalah salah satu makanan kegemaran aku. Membuatnya senang, memakannya juga senang. Bersempena berbuka puasa dirumah Kak Pnut sabtu lepas, aku pon buat la Tauhu Sumbat versi aku. Versi Cuka Palembang. Kuahnya hitam. Pedas, manis, masam dan masin. Aku tak pasti rasanya sesedap mama buat. Tapi aku akan buat juga. Apa-apa masakan pon, aku hanya perlu try sekali jer. Then akan lekat dalam otak aku. :D. Kalau la masa aku belajar fizik and bio aku senang ingat macam nih.

Lepas terawikh Jumaat tu aku bawa Ani, Ida and sorang lagi yang aku lupa namanya bershopping di Alamanda. Nak beli bahan-bahan. Duit pon limited. Beli apa yang perlu aje. Lagipun perempuan yang aku lupa namanya tu tengah bersedih, hal orang bercinta. Biasa la. Beli sagat, timun, sengkuang, gulamerah dan udang kering. Ani sempat beli periuk belanga utk emaknya di kampung. Ida tak beli apa-apa. Budak yang aku lupa namanya tu beli macam-macam. Bantal, senduk, roti dan apa tah lagi. Aku tak ingat. Nama dia pon aku tak ingat. Apetah lagi barang-barang yang dia beli.

Aku beli penuang roti jala (Aku rasa macam ana nama khas utk benda ni. Tapi aku tak tau. Sapa tau sila bgtau aku k?) Comel jer berwarna oren. Kak pinut kata nak buat roti jala. Tapi masa aku sampai umah kak pinat. Tak jadi pon buat roti jala. Uhuks. Aku teringin siot. Berbalik kepada cerita aku. Tauhu yang aku tak takder di Careefour alamanda. Adeih. Buat tambah keje aku nak pi beli tauhu kat Pasar P8 esok.

Malam tu aku buat Kuah Cuka Palembang. Resepi aku letak kat bawah. Sila lah cuba. Pagi Sabtu aku dikejutkan oleh panggilan telefon daripada Kak Pnut. Aku lepak-lepak, mandi dan siap-siap nak keluar beli Tauhu. Harga tauhu sebiji di Pasar P8 adalah rm0.20 sebiji. Aku ingat mahal. Sebab dulu pernah dijual rm1 ringgit utk 7 biji tauhu. Rupa-rupanya kat kg aku lagi mahal. RM 1 utk 3 biji tauhu. Aku rasa better aku back on track daripada membincangkan soal harga tauhu dalan entry aku ini. Aku beli 20 biji tauhu leh dpt 40 tauhu sumbat. :D

Sampai sahaja dirumah aku memulakan operasi menggoreng tauhu. aku decide utk goreng 15 biji sahaja. Sebab aku dah malas. Buat stok kat rumah la ek? Aku bungkus2 barang-barang. Bawak kerumah kak pinat. Tolong apa yang patut. Siapkan tauhu sumbat aku. Najmi rajin nak tolong and koyakkan sebiji tauhu. Itu budak. Mmg la. Nasib baik hensem and sweet.

Ramai yang pelik. Tanya kat aku mana kuah tauhu sumbat. Uncle EP la. Aku lupa nak announce yang kuah tauhu sumbat adalah yang kaler hitam tu. Terima kasih kepada semua yang sudi merasa. Selain daripada Tauhu smbat tu. Takder apa dalam menu tu yang aku buat. Kuih lembik-lembik aka trifle Sal yang buat. Kari ikan, rendang ayam, kerabu taugeh + kerang + sotong = Kak Pinat yang buat. Habis Tauhu sumbat ku. Aku mkn 3 biji. Lalilalalialala.

Tauhu Sumbat

Tauhu (digoreng dan di belah melintang patah. Belah tengahnya supaya berpoket)

Sayur sumbat-sumbatan

Timun ( disagat )
Sengkuang ( disagat )

Cara-cara
1. Ambil tauhu yang dan sumbat laa. Takkan tu pon nak ajar kots.

Cuka Palembang versi Beliawanis Jawa Banting benci dadah dan rokok

200g gula merah
15 biji cili padi/cabai rawit ( tambah atau kurangkan ikut ketahanan lidah/perut anda)
4 biji bawang putih
asam jawa ( ikut sukatan mak aku sebesar ibu jari. Kalau ibu jari ko besar, kecikkan sket. Bancuh dengan air)
30g udang kering (di blender kering)
air
garam (ikut rasa)

Cara-cara
1. Masak gula merah dengan air.
2. Blender cili padi ngan bawang putih. Masukkan dalam air gula merah tu.
3. Masukkan asam jawa & garam
4. Last sekali masukkan udang kering
5. Rasa sampai sedap.

Tips:
1. Kuah ni boleh dimakan dengan 70 biji tauhu sumbat. Kalau buat lebih, boleh disimpan dalam peti sejuk utk next trip of Tauhu Sumbat.
2. Kalau nak goreng tauhu dengan lawanya. Tabur garam dalam minyak goreng tu supaya tauhu tak melekat sangat dalam kuali.
3. Kalau nak tauhu tu ada rasa, rendam tauhu dalam air garam sblm goreng.
4. Jangan tak sabar nak godek tauhu tu. Biarkan tauhu tu digoreng dalam 4-5 minit atas api yang panas sblm menggodeknya.
5. Tauge pon boleh digunakan sebagai bahan sumbat.
6. Timun dan sengkuang tu lebih baik di tapis dan di perah sket airnya supaya tauhu sumbat tak basi. Kalau tauhu sumbat anda sedap. Belom sempat basi dah habis dahh.. :P
7. Dengan kuah palembang ni. Anda boleh berlagak sket dengan memperkenalkan kuah tauhu sumbat anda yang lain daripada biasa. Say goodbye to cili cuka. Ahahahaha. Tak la. Aku tak berlagak pon masa berbuka puasa di rumah kak pinat. Aku tahu, tauhu sumbat aku sedap. Muahahaha.

Farihah: mana gambar daripada digicam ko?

p/s: Lepas habis tulis entry panjang nih. Aku dah ingat dah sapa nama perempuan tu. Nama perempuan yang aku lupa namanya tu adalah Rini. Sekian. Terima Kasih

20 comments:

Anonymous said...

budak yang kau lupa nama itu aku pernah jumpa.

next entry, chicken rice kak nita. ke patut aku soh abg kau buat entry ya?

hmmmm

hmmmmmmmmm.

-rafthah-

supersomething said...

nasik ayam, ayam halia, tahu sumbat, makan.. makan... makan... hahahaha!!!! weh! lanun!! resepi nasik dhal mana?? ^_^

kaezrin said...

itulah chicken rice kak nita punyer resipi wajib letak resipi..aku nak resupi soup dier

Anonymous said...

chyet ijat.
belum tertaip lagi. hahahahah

Anonymous said...

opps as usual thats me
lanun rafthah :P

jamri said...

apakah keistemewaan tauhu sumabt cik daun berbanding tauhu sumbat yang di beli di PARAM (pasar ramadahn )?

sekian :-)

daun said...

En Jamri,

Tauhu Sumbat saya dibuat dengan penuh kasih sayang. Fresh and kalau en jamri kengkawan saya. Leh mkn free. Hanya perlu request sambil membodek cikdaun jer.

Tak perlu beli dengan harga rm0.50 sebiji dipasar ramadhan tanpa mengetahui kesedapannya.

Cuka palembang yang sukar didapati berbanding kuah cuka cili.Lalilalaliallala.

Sekian terima Kasih..

daun said...

Chicken rice kak nita akan disediakan bila aku free aaa.. skrg aku tgh malas..

Nasi dhal Auntie Saleha yang amat sedap belum disalin oleh anaknyaa.. Kalau ada nanti aku post kat sini ok?

ayobkelubi said...

celemekk daun.

ko telah menukarkan kebencian aku terhadap tauhu sumbat nie kepada kesukaan.

lain dari lain kuah ko nie.

aku nak soh bini aku nanti.

cayalah!

tq and tq again.

muahsss!

daun said...

Ayob...

Mak aku pernah hidang kat orang yang tak suka tauhu sumbat.. Bila dia try makan.. dia jadi suka kat tauhu sumbat sebab Cuka Palembang mak aku tu.. laliliallalaali..

harap ko jadi peminat tauhu sumbat lepas nih.. eehehehe.. :D

Bukunota said...

ep: weh daun mana kuahnya
bukunota: agaknya ni bukan tauhu jawa

tapi baik ep atau bukunota, kata kuah tu memang sedap.

aku mmg tak suka sangat tauhu sumbat. kalau kuah biasa tu aku makan satu je tapi sebab kuah hitam ko tu best, aku makan dua.

jamri said...

cik daun

dari peneranganmu itu, telah ku dapat rasakan keenakan tauhu sumbat mu itu. Penuh dgn texture dan juraian taugeh yang memanggil-manggil. Dicicah dgn kuah palembang dr seberang..

waduhhh sedap banget...

Tentunya sedap hingga menjilat kuku..

sekian

supersomething said...

daun, memandangkan diorang ni beriya2 memuji kesedapan tauhu sumbat ko, aku nak order satu set (doblas keping) - barter ngan caramel pudding aku semangkuk.. nak? aku tengah nak improvise nih.. nak buat chocolate caramel.... ko sudi menjadi tukang test tak?

Pnut said...

"tauhu sumbat cik daun tu tak der kuah ke?" - kata abg mior semasa makan jam 11.30 mlm.

"la...yang kaler hitam tu le kuah dia," -kata bini dia yg cumil...

"cisss..daun tak kabo itu kuahnya..melepas.."

moral of the story, nak buat lagik lps ni....

oklah..oklah....wiken ni kita buat roti jala cicah kari daging.....

kalau tak balik kampung mai amik kat rumah, tak pun join je kami tiga beranak berbuka puasa, best gak ada daun....

kalau tak buat hari sabtu, kita buat hari ahad...

daun jom kita buat kuih raya sesama nak???

akak suka buat kuih raya jom le kita buat sesama....

bahan semua akak nak gi soping wiken ni kat cheras, kat kedai borong barang kuih-kuih...

daun said...

bukunota: kiss ass la ko.. ampehs.. ahahahaha.. kipas tahu sumbat aku.. cehhh.. thanks sebab mkn dua.. aku flattered..

jamri: Kene cuba nih.. :) ehehehe.. lapar la pulak dahhh

supersomething: alaaaa.. ekcelli creme caramel aku tak baper gemari.. aku cuma suka buat jer.. mkn idak sangat.. cuba trade dengan mknn yang pedas.. Nasi tomato 4 orang mkn ke.. satar or otak2 kee.. pais ikan ke.. aku akan considerkan the berter trade.. ;)

Kak Pinat: Kalau sabtu leh di considerkan.. :).. Buat kuih kak? Kite cuma rajin masak jer kak Pnut.. Buat kuih nih kite tak rajin.. Mak kite buat pon kite tak tolong.. ahahaha.. Kene ajak Mek Sal..

anobody said...

aku mmg malas ah nak taip resipi nasi dhal mak aku. bley dak aku call and dictate saja hahahahaahha

-rafthah-

cempakabiru said...

aku nk balik umah mak aku sok.aku akan buat kuah cuka palembang hang.mesti mak aku suka.:)

Bukunota said...

kak pnut dan daun,

weh buat hari ahad lah. hari sabtu tu ada orang panggil buka puasa. hari ahad boleh juga bukunota hantar sweetheart awal sikit ke umah kak pnut tu. hari tu terpaksa keje jadi tu yg datng lambat tu.

daun.. ko tak puasa ya cakap bukan2.. hehehe patutlah semalam ada bau maggi dalam kereta kau

Anonymous said...

aku tak suka sangat tauhu sumabt, tapi suka tauhu bakar.ingat kat de limau nipis.nyam nyam

-langsat-

Anonymous said...

waaa....suka gila ngan tahu sumbat cikdaun. sambal tiptop! lenkali kena jadi menu utama tuh. Naisbla...bini aku tak suka makan tahu gorengg.....tempe apalagi.... uwaaaaaa! RUDY

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!