• 1

Kuku baru aku ni menyakitkan

Akibat bermain badminton dengan kasut yang tidak sesuai. Kedua-dua kuku kaki ibu jari aku bengkak. Ada darah beku dibawah kuku. Sakit. Sepanjang sebulan, aku berbalut ibu kaki sampai satu masa dia tak terasa sakit. Aku tunggu masa untuk ianya tercabut.

Buruk sungguh ibu jari kaki aku tanpa kuku. Aku tak lalu memandangnya. Aku ni suka tengok benda yang cantik-cantik sahaja. 5 bulan kemudian, kuku baru aku pun tumbuh. Nampak cantik. Tapi aku lagi suka kuku kaki yang dulu. Nampak lagi runcing. Kuku kaki sekarang nampak kembang dihujung. Syukur ada kuku kaki. Kalau takder kuku kaki lagi huduh. Atau ada kuku kaki yang sompek. Alhamdulillah.

Pagi ni. Kuku kaki aku sakit. Macam mencengkam. Padahal aku baru jer potong kuku aku 2 hari lepas. Hmmm. Silap-silap kene cabut lagi. Tak berkuku aku selama setengah tahun. Aku TAK NAK. Jadi aku tahan jer la sakit sket ni.
 
p/s: Kena sabar dibulan puasa nih
 

1 comment:

awalpagi said...

ngilunya aku dengar... zaman kanak2 dulu letih aku kena 'cengkam'.. lepas sebelah baik, lagi sebelah kena..
p/s: pegi doktor, diorang tau aje apa yang nak dibuat...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!