• 12
Sayangnya Laaaaaaa

2 hari lepas aku berulang dari site *Menara Te_lek_om* ke banting. Sengaja je gitu. Balik kampung Ahad petang, takkan malam tu aku nak balik p9 kots. Letis lesu badan. Lagipun bila tengok tv dengan Jiha lagi best. Leh kutuk2 apatah lagi bila tengok Men_tor sama-sama.

Perkara yang aku miss bila aku duduk rumah sewa:
1. cium tangan mama and ayah sblm pi keje
2. cium mama and dicium oleh mama.
3. Mama and ayah tak hantar kat beranda masa pi keje.
4. Buli nina <- buli nina dengan jiha lagi best
5. Berebut channel tv dengan ayah
6. Makan dengan mama ngan ayah
7. Kene marah dengan ayah sebab buli nina
8. Saje nak buat ayah marah sebab buli nina
9. Tegur nina " Nina.. keje rumah dah siap ke lom?"
10. Sebut ayat ni " Nina.. tido laa.. esok ko sekolah" bila nina tanak tido walaupun dah kol 11.
11. Lawak bengong dengan ayah
12. Lawak bodo dengan mama
13. Tengok ayah ngan mama gadoh2 <- gadoh2 manja aaaa
14. the list can go on to the zillion. Aku penat aaa. Duduk kat rumah buat aku rasa disayangi.

Yang buat aku tak larat duduk kat kampung dan menyewa di P9 adalah sebab jauh beno aku nak berulang. Aku salute pada sapa-sapa yang berulang dari rumah parents walaupun jauh. Caya lah!

daun: Syukur sangat masih ada yang sayang.

12 comments:

Lan said...

Berebut channel tv dengan ayah <--- aku plak berebut ngan mak aku. aku nak tgk bola, dia nak tgk movies.

daun said...

berebut channel tu mmg aktiviti berterusan.. dari kecik sampai la ke besarr.. lain la ada 2 3 tv dalam rumah tu.. ehehhee

jamri said...

Perkara yang aku miss bila aku duduk rumah sewa:

taip-tiap bulan kena pegi bank masuk duit rumah, lambat sikit kena telefon...

daun said...

tuan rumah aku baik hati.. setakat terlewat 2 3 hari ok lagi.. dah 3 tahun aku dok umah dia.. :D

nash v. khan said...

mak dan ayah tak pernah lupa pada anaknya.. cuma kita saja yang sering lupa pada mereka.. bila kita mempunyai keluarga sendiri.. kita akan mengetahui segala macam perasaan mereka terhadap anak yang dikasihi.. :)

p/s: benda yg paling aku miss masa duk umah sewa ialah bila time masak sensorang aje... bila time makan ramai plak yang ngadap.. siut betul.. hahah

lutfi said...

aku control channel. tak penah berebut ngan sesape. kalo berebut pun ngan nephew sbb sorang nak tgk roda impian/cartoon aku nak tgk bende lain.

tapi mmg bess duk ngan parents.

mawar said...

suka baca entry daun yg hepi-hepi je nih..saya laks mmg x larat nak ulang-alik klang-kl gi kerja dari rumah mertua tetiap hari..huh!penat...

Bukunota said...

Hem... tak ada orang nak tengok aku bergaduh manja dgn wife :P

Bukunota said...

bila nak nyinggah ofis aku dgn kawan2 ko, daun?

Anonymous said...

aku sewa umah lewat sebulan dua,
tuan rumah tak kisah
lepas 3 bulan baru dia bising.

seronoknyer family hang yer.

kurekure said...

tade aa jauh sangat kan?still boleh lawat selalu

Totti said...

2 perkara yg tak best bila balik kampung ialah..

1.hang ada duit ada ...
2.bila nak kawin..

sbb tu jarang balik kampung..

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!