• 3
Sakit Jiwa


Menonton French Movie sorang-sorang buat aku depress semacam. Bukan sebab menonton seorang diri. Tapi ceritanya buat aku depress. About love and struggle to fight Alzheimer. Sadis. I dont recommend ppl to watch it. It sucks. Ahahaha. Aku nak menonton Les Choristes tapi aku tak sanggup nak menunggu sampai kol 9.30 malam sorang2 kat Midvalley tu. Jadi aku settle down with 'Try To Remember'.

Citernya sedih. Tapi penat la. Kalau lain kali aku nak tengok International Movie nih, kena baca sarikata jer. Tak payah nak pk makna perkataan dah. Dan hayati jer cerita. Itu peringatan untuk aku. Lakonannya brilliant. Aku jer yang bengong. Lagi satu, kalau nak tengok wayang sorang-sorang, tengok cerita yang gembira. Kalau tengok cerita yang depress, akan buat kau lagi depress bila kuar dari panggung sorang-sorang. Couple sebelah aku keluar ditengh cerita. Menyesal barangkali.

Malam bengong aku tu di top up dengan kebangangan dua orang pemandu motorsikal yang bangang buat kona baring himpit keta aku dari kiri dan kanan. Sial jer kan? Nyaris aku nak langgar depa dua. Aku cuma sempat hon jer. Mmg dalam hati aku memaki jer. Laju plak tu. Then buat mcm takder apa yang jadi. Shit la.

Aku punya la geram. Aku call kawan aku tu. Siap nangis2 lagi. Aku kalau betul2 marah memang la akan menangis. Kalau aku setakat jerit2 jer tu tak la effect apa pun. Maknanya aku tak marah sangat. :D. Selepas sudah melepas geram pada kawan aku tu. Aku plak melepas geram pada burger. Lepas makan burger marah aku hilang. Hmm.. sedap. Aku beli dua. Satu makan dalam keta dan satu mkn kat rumah. Iye, aku mampu makan dua biji burger. ;)

Aku bukan tak suka pemandu motorsikal. Tapi kalau memandu suka2 hati sahaja memang buat aku hangin. Aku tau la korang boleh buat stunt2 atas jalan. Kalau bahayakan diri korang jer takper. Nak tergolek mampos pon aku tak peduli. Tapi jangan la sampai bahayakan orang lain. Lagi2 kereta aku. Kalau ko langgar aku pon aku bayar kat ko. Kalau aku langgar ko lagi la aku kene bayar. Paling kurang pon duit ubat. Apa2 pun aku jugak yang kene bayar. Ceh!

3 comments:

Tok Rimau said...

Aku sekarang layan Korean Movies. Aku tak tau samada French Film kau sama dgn Korean Movie ( A MOMENT TO REMEMBER) yang aku suka, tapi di dalamnya ada alzheimer juga. Sedeh filem ini.

Aku hampir nangis.

Awek aku tanya, apasal?

Aku kata tak ada apa-apa. Habuk masuk mata.

LAWAT:
http://www.seoulselection.com/screening_dvd_view.html?pid=731

Anonymous said...

daun,
la.. awat tak habaq nak tgk citer french... zaza pun nak tgk jugak, tapi sebab takde member,tak pi.. padahal tahu tiket dia mesti tak sold out! hehehe

next time bleh la kot pi layan sama2?

err.. yang Jepun ni, kena ambik pass dia kat Japan Foundation.. tu yang leceh sket. :(

shuq said...

Mggu lepas aku tgk international movie gak, Bunty Aur Babli(cite hindi)! Kelakar abis! Aku xyah baca subtitle sbb aku dah paham....hehe.

Minggu ni aku dah tgk cite The Interpreter dan cite ntah ape2, Infection. Aku suke The Interpreter.

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!