• 5
Pohon Manggis Sebatang

Berpagi di sekolah kawan aku. Memandangkan sekolahnya special jadi Open day nya pon special la jugak. Aku siap test menembak aku tak tau pistol apa. Bagi aku sama jer. Interesting experience. Separuh hari jer melayan Open Day sekolah tu. Kawan aku tu pon walk down the memory lane. Aku hepi jer tengok dia jiwang karat gitu. Ahaks.

Ptg tu aku kuatkan diri balik ke kampung. Adoi. Penat gila badan. Tapi seronok bila tengok pokok manggis tu dah masak dah. Cuma yang tak larat adalah nak kait buahnya. Nampaknya kene tebas2 sket lalang tu. :P. Ajak nina temankan proses kait mengait. Tapi aku cuma berjaya kait 6 biji jer. Semua nya aku makan. Yang separa masak pon aku kait jugak. Kes bengang la tu. Yer la. Galah tu pon panjang sejengkal jer. Nak kait buah yang tinggi. Mana nak sampai. Cukup la 6 biji tu.

Rupa-rupanya mama ada simpan manggis untuk aku. Yer la. Mama takkan lupa anak-anak dan menantu dia. Mama tunggu along balik. Tapi along bz outstation. Takper laa. Tak lari manggis dikejar. Memang tak lari. Cuma habis jer. Kalau tak kait siang-siang nanti tupai makan. Masa tak ada pokok manggis. Sibuk nak tanam. Cemburu jer dengan orang lain yang berdusun buah-buahan. Bila dah berbuah pokok nan sebatang tu. Nak mengaitnya tak larat. Dulu aku pelik kenapa la tuan punya pokok tak kait buah-buah tu. Terbiar jer. Sekarang ni baru faham. Nak mengait buah tu pon bukan senang.

Biasanya, nikmat yang tak ada tu mmg diidamkan. Bila dah dpt nikmat tu. Tak pulak bersyukur. Ala, macam pokok rambutan tu. Sekarang nih tak pandang pon. Eksen semacam pulak. Sebenarnya tengah tunggu buah pulasan masak. Tengok tu. Bila pulasan dah masak, bukan nak kait. Ihiks. Tunggu mama jugak kait.

Ye lah. Nanti balik aku kait sket buah manggis tu. Aku perasan yang nak lelaki mama tak berapa terer nak melayan kebun. Agaknya aku kene cari menantu yang rajin mengerjakan kebun yang sekangkang anak kera tu.

daun: EP kata manggis boleh jadi penyejuk durian. Tapi si Ani kata manggis ni pantang dengan durian. Yang mana satu ek?

5 comments:

Anonymous said...

mak aku pun cakap sama manggis ngan durian, sama2 panas and aku dah pernah kena penangan dia, panass cam sauna hahahahaahhaa

Anonymous said...

opps akulah, kekasih gelap kau yg comment tuh hahahahahaa

-rafthah-

daun said...

nasib laa.. aku rasa dia ikut sapa yg tahan tak tahan..

siriesly aku tak tau.. tak pernah try mkn durian + manggis..

seram plak..

Anonymous said...

kau trylahhhh penangan dia sedap haaaaha

kenapa comments blogger kau nieh merangkumi semua postings sekali? kenapa tak separate comments for separate entries?

daun said...

nak mamposs.. karang aku yang tak sedap duduk kalau badan panas.. satu jadah pon tak jadi

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!