• 1
Star Wars malam ini

Aku bukan kipas Star Wars. Bila ada orang tu berhajat nak jadika aku escort utk menonton Star Wars harini, jadi aku usahakan utk buat homework. Bermula dengan melihat booth kat lower ground menara nih yang menawarkan muat turun logo , nada dering dan tema telefon bimbit berkisarkan Star Wars. Aku ambil brosurnya tetapi menolak dengan senyuman paling manis. " I'm not a fan".

Kali kedua, aku meononton the making of Star Wars di ntv7. Kemudian menonton StarWars ep.2 yang ditayangkan di ntv7 pada malam sabtu sambil menukar-nukar channel ke tv3 dan 8tv. Aku tak sedar pon yang ianya sudah berakhir. Sms dari Sabah juga membuat aku kadang-kadang hilang tumpuan pada Star Wars yang ditayangkan. Cuma aku perasan Anakin tak hensem dan Padme tu lawa dengan rambut bunjut Croissant di kiri dan kanan wajahnya.

Sekali lagi aku pelik bila si Rafthah menonton ep.3 sekali lagi di wayang. Sedangkan aku tak tengok sekali pon. Jadi aku umpan Rafthah utk bercerita dari awal sambil habis. Rafthah siap beritau dimana part yang sedih dan aku harus sediakan tisu since aku ni ratu air mata juga. Terima kasih buat Rafthah yang telah menaikkan semangat aku utk menonton Star Wars. Rafthah juga sudah jadi sedikit fanat. Dia nak meminjam 3 episod terakhir untuk di khatamkan di hari minggu akan datang. Silap-silap cik Rafthah akan membeli semua DVD Star Wars sebagai koleksi pula. Jangan pula tido dengan berpakaian Jedi sambil memeluk Light Saber sudah lah.

Berbalik kepada cerita Star Wars saya. Ptg semalam orang tu call, utk confirmkan kehadiran aku sebagai escort. Aku bersetuju setelah suntikan semangat daripada cik Rafthah. Sekarang tiket sudah pun dibeli. (Guna duit orang tu, bukan duit aku yang pastinya. Kerana aku masih lagi menunggu gaji aku lagi. Hidup kais pagi makan pagi sahaja sekarang). Aku tak sabar pula nak pergi menonton Star Wars. Kena balik awal nieh. Yeah yeah. Terima kasih kat orang tu.

Aku masih bukan kipas Star Wars. Tapi aku akan menontonnya malam ini.

1 comment:

lutfi said...

ko bole kais tanah gune light saber tu. ha ha ha. aku rasa rafthah tido pakai queen amidala nye makeup

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!