• 2
Sakit tekak

Tak sedap langsung. Tapi mana ada ubat yang sedap? Tekak aku sakit. Dari semalam. Aku tau yang aku akan demam esoknya kalau aku tak jaga betul2. Yeah. Demam nak datang. Ala, bukan ada tempat nak bermanja pon. Bila aku mengadu, aku nak orang dengar and simpati la berlebih kurang. Aku cuma nak bercerita. Jangan la memadankan muka aku. Kecik ati aku karang. Mental sungguh.

Semalam aku pasang kipas di calit 2 sahaja. Bagi kipas tu menggeleng kiri kanan. Aku baring di lembung kiri. Mengadap lampu tidur aku. Bila nak lelap mata, ada panggilan dari orang tu. Sempat mengadu lebih kurang. Rakan serumah aku ada kerahan tenaga malam nih. Lebih kurang pukul 2 pon depa belum balik lagi. Tiada siapa lagi yang sudah mendengar aduan aku. Jadi orang tu yang kena dengar. Tak nak dengar pon kena jugak.

Sempat jugak dengar orang tu membebel. Aku buat dengar tak dengar sahaja. Iyekan sahaja lah. Kita nak orang dengar masa kita membebel, kite kene la dengar orang lain membebel sekali sekala. Give and take katanya.

Lepas je orang tu letak telefon. Sebenarnya aku yang letak telefon. Orang tu tak pernah letak telefon dulu kecuali bila habis kredit. Aku pon tak tahu kenapa. Mengantuk aku hampir2 hilang. Aku ambil buku "Are You Afraid of the Dark" by Sidney Sheldon. Bukan buku aku. Kawan aku pinjamkan. Aku pula sekarang ni mmg memerlukan sesuatu utk aku baca sebelum tidur. Untuk mengelakkan aku berfikir yang bukan-bukan. Dr Fadilah Khamsah kata, jangan berfikir sebelum tidur. Nanti otak kita berkerja. Bila otak kita berkerja. Kita susah nak lelapkan mata.

Aku baru baca satu chapter, mata aku dah nak terpejam. Cerita tu bosan dan satu chapter cuma mengandungi 4 muka sahaja. Aku beralih posisi. Kali ni mengadap dinding. Aku tinggikan bantal. Tekak aku masih sakit. Nafas aku ada 5% ala-ala Darth Vader. Aku baca bismillah. Aku pejam mata sambil peluk bantal yang aku rasa selesa sangat. Tidur aku tak terganggu malam tadi.

Cuma pagi ini aku bangun dengan tekak sakit yang sakit dan berkahak. Dilegakan oleh 4 biji Fisherman Friends Perasa Apple dan Cinnamon. Yulks. Aku ada banyak lagi nih. Sapa sakit tekak dan nak bersuara mendayu memanggil mamak jual roti naik motor dari 15 km radius. Mintak sama aku. Suara aku masih lagi serak-serak basah masa aku berduet dengan Zahid lagi Woo! dalam kereta tadi.

2 comments:

spyz said...

sama laa..
kurang bil rok*k aku bulan ni..
:-)

ros said...

Fishermen is one of my romantic memories in my life..bila kita sakit ada orang ingat walaupun batuk2...romantik lah tu...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!