• 0
Of Yan Wedding.. and Aku si Hitam

Kad undangan tu tak sampai, tapi aku pernah jejak ke Meru. Tahap keyakinan aku tinggi untuk sampai ke Meru tanpa peta. Yan, pemalu dan rendah diri. Merujuk dirinya sebagai 'saya'. Aku tak rasa dia pernah berbahasa 'aku' dan 'kau' dengan aku. Aku sebilik dengan Yan pada tahun akhir aku di sekolah menengah. Aku dan Yan adalah dua individu yang berbeza. Mungkin itu yang buat aku dan Yan rapat selama ni.

Aku janji dengan La*** dan Da*** untuk jumpa di sana. Being an 'expert' in K*ang buat aku amik jalan yang jauh utk ke Meru. Tah mana-mana sign board aku ikut, membuat aku melalui Kapar utk ke Meru. Rasa macam nak menangis utk sampai ke Meru. Ceh ceh ceh. Aku kutuk diri aku sepanjang-panjang perjalanan tu sambil dengan sabar nya cari exit ke Meru.

Yang bagusnya aku ni bongok dan sedar kebongokan aku. Aku turun bertanya jalan. Bertanyakan pada seorang budak perempuan yang tengah menunggu kawan dia kots. Deretan kedai-kedai yang kebanyakannya tutup. Ahad memang kedai tutup pon. Aku tak salahkan kedai-kedai tu.

Budak tu muka familiar. Lepas aku tanya arah mana aku perlu pergi untuk ke Jalan Nanas.

Aku: Dulu budak Sekolah *************** (sekolah lama aku)?
The girl: A'ah.. akak pon ek? patut la nampak macam kenal jer. Nama akak sapa ek?
Aku: Kak *********
The girl: Aaaaaa..! kak *******. Rasa macam nak tegur tapi cantik semacam jer. Dulu akak HITAM LEGAM. Sekarang dah putih la plak.
Aku: Ahahaha.. *gelak sakan*..
*Aku diangkat dan dihempas mcm kaca terhempas kebatu. Aku tak pasti aku harus berbesar hati atau apa dengan statement budak tu. Ahahaha. Yang ada cuma gelak besar. Lelagi bila aku cerita pada anak cucu aku karang. Aku dah pon gelak sakan bila aku cerita kisah ni pada La dan Da selepas sampai ke kenduri Yan*

Alhamdulillah aku sampai ke rumah Yan dengan selamat. Yan nampak gembira dengan baju hijaunya. Alamak, husband Yan hensem siot. Macam penyanyi nasyid la plak. Yan tak bercinta dengan husband dia. Yan satu usrah dengan husband dia. Dan bila husband dia propose, Yan bertunang dan kawin dalam masa 4 bulan sahaja. Alhamdulillah. I'm happy for Yan. Have a good marriage life Yan. Muahhssss.

daun: hitam2 si tampuk kicap

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!