• 0
"You look worried"
Aku senyum. Aku cuba senyum. Ayat paling sesuai untuk aku cover adalah. "Tak ada la". Aku senyum. Jangan biarkan fikiran melayang. Nanti orang perasan. Aku ingat aku pandai sembunyi perasaan aku. Rupa2nya tak.

Tapi Amyz pernah tulis dalam testimoni friendster aku: "knowing her as cik daun with her cute blog. 1st met her masa makan2 sate di kajang. dia ni kan, sangat sweet bila tersenyum. kalau tak suka something, her face will show it! hahaha. suka sangat tengok muka dia yang selamba tu.. cik daun, i'm glad, we are friend. :-)"

Bila kita cuba letakkan wajah terbaik kita, orang tetap akan nampak bila kita tak perasan, wajah yang sebenar akan terpampang jua. Leka berfikir, buat aku termenung. Orang kata termenung tu tak baik. Tetapi masa termenunglah waktu yang sesuai kita melihat keadaan sebenar seseorang.

Aku tak sampai tahap murung lagi. Alhamdulillah. Aku ada kawan-kawan yang bagi aku terbaik dunia dan akhirat. Dengan mereka aku kongsi rasa tanpa prejudis. Keikhlasan mereka buat aku menangis. Aku menangis lagi. Bila sahaja masa aku tak menangis?

Tangisan tu dah tak ada. Senyuman tu datang. Syukur aku berterusan. Love u guys. Ina, Elin and Ika. Anugerah terindah yang pernah kumiliki.

Daun: Sayang..

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!