• 0
Back to my own self

Akhirnya dapat jugak aku Dunkin' Donut pujaan hati aku. Alhamdulillah. Sah2 kuar time office hour. Bak kata Khalil.. Urusan kerja *sambil pau karipap aku satu*.. Ceh.. Khalil.. Lupakan dulu periuk nasi aku yg ada dirumah ko.. Karipap tu as upah simpan ok?

Yeah.. Weekend ni aku akan pulang ke desa terchenta. Mama dah ckp yang aku ni anak tak igt keluarga. 2 minggu berturut2 aku tak balik kg. Ada kenduri on both weekend. nak buat cenggana. Aku ni perempuan yang buta jalan, hanya mengaharapkan belas ihsan kawan2. Kalau dak, ada map pon aku takut nak redah.

Mama dah booked aku untuk mengikut rombongan mengahantar pengantin lelaki (jiran belakang umah aku). Dia kahwin dengan orang kg aku juga. Tak terbayang aku kawin dengan orang sekampung. Isk isk iskk..

Dan, aku tak menghabiskan weekend dengan En. Awak. I'm officially kopak. Kalau aku ajak keluar sah2 aku kene spend money. Ahahaha. Jadi, aku lebih rela duduk rumah tengok tv. Dating bila dah kaya karang *which is not in the near future*.

Daun: Nak balik kampung.. yeah yeahhh

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!