• 0
Jodoh

Aku belajar lagi. Jangan sebut tak suka apa2 dah. Mampus semuanya aku dapat. Tak suka tentera <- yang ni aku tak nak komen. Tak suka nak berkawin dengan orang kelantan. Aku siap bertunang dan putus tunang ngan orang Kelantan. Tak nak kawin dengan orang kampung sendiri. Dah mak aku usha orang kampung aku dah. Never say never anymore.

Lokasi: Dapor kat kg aku.
Situasi: Daun tgh potong tomato. Mak daun baru balik dari kenduri kawin.

Mak Daun: *nama manja daun*, ko kenal Sa**eh tak?
Daun: Sa**eh? kenal kot. Sebaya orang ek?
Mak Daun: A'ah. Bagus la kalau ko kenal.
Daun: Naper ma? Orang tak la kenal sangat. Sebab last time orang kenal dia, masa sekolah rendah dulu
Mak Daun: Tadi mama jumpa kakak dia. Pahtu nampak dia. Mama pon tanya la, "sapa tu?". Kakak dia kata adik bongsu dia. Dah 26 tapi tak gopren lagi. Keje kat Bank. Kakak dia kata " Kalau akak ada anak yang available, boleh la kak". *Mak aku sengeh*
Daun: Habis tu? *buat2 tak paham*
Mak Daun: Tak la, kalau ko kenal bagus la. Ok la tu * Sambil promo si Sa**eh dengan kereta dan mcm2 lagi*
Daun: Maaa.. Tolong la ma. Orang tanak la ngan org kg jugak.*degil*
Mak Daun: Ko tu dah 26. Ko nak tunggu apa lagi?
Daun: Maa.. orang baru 26 la ma. Cucu, Along dah bagi. Mama nak apa dari orang?
Mak Daun: *Start membebel pasal umur aku yg muda remaja. Dengan memberi contoh pada berapa kawan aku yang lain. Yang dah beranak pinak. Mama ni kena peer pressure gaknya*

Bagi aku, aku masih muda lagi laa. Sekarang dah 2005. Kalau muda bonus laa. Kalau tak berkahwin pada umur biasa (baca: 25 kebawah), dah hampir normal la tu. :D. Aku tak nak terburu2. Involved dengan orang orang yang aku takder feel. Orang kampung aku mcm ada mental picture on how my family would be. Ayah and mama mmg baik la. Anak2 belajar pandai. Tapi aku ni jahat sket. Ahahaha. Kalau depan mak ayah depa aku mmg la dok senyum ayu ala2 menantu idaman. Tapi aku prefer anak dia kenal aku betul2. Betapa bengongnya berkawan dengan cikdaun ni haaa. Baru la pilih untuk suka or benci aku. Ahahaha

Bagi aku, kalau dah jodoh, bf orang pon leh jadi kita punya. Kalau takder jodoh, Bertunang pon putus. Dah kawin pon bercerai. Just percaya dengan apa yang ditentukan oleh Allah kepada kita. Jodoh jangan ditunggu. Apa yang ditunggu, kalau tak dapat akan membawa kekecewaan. Kalau dicari sangat,kalau tak jumpa. Akan membawa resah. Hidup dalam kecewa dan gundah, tak bahagia. Senyum la. And live your life. Happiness not equal to be married only. :P I am happily single.

Daun: Tunjuk gambar Rama kat ayah as a backup system just in case. ;)

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!