• 1
14 February??

I dont celebrate Valentine. But i appreciate chocolate and roses. ;).

Sempena Hari Valentine nih. Aku nak titipkan cerita yg pernah aku tulis pada 19.2.2002 dahulu. Tiada dalam archive aku. Sempena jiwang mode aku nih. Layan jer la ek? Cerita ini pernah dilakonkan secara live dihadapan restoren apa tah kat Taman Kinrara. Cik easy sbgi Kay dan memperkenalkan wajah baru Kaezrin sebagai aku. Ahaks

Here it is. Life was so peacefull and uncomplicated then. "quote ina"

-Flashback



Winter '97. Sejuk. Itu sahaja perkataan yang keluar dari mulut aku bilamana aku dan Kay menyusuri Guildhall walk dalam perjalanan ke Frewen Library. Nak cari buku rujukan katanya. sambil-sambil tu boleh la siapkan Math Homework yang diberi oleh Mrs. S . Cuaca disini memang sejuk. Apetah lagi inilah tahun pertama aku di portsmouth. semuanya aku rasakan berbeza. rakan satu apartment aku di Bateson hall berbangsa asing. seorang berbangsa Peranchis, seorang lagi dari Germany. Nasib aku baik, Emon jadi teman sebilik aku. Ada juga teman nak cakap melayu. Aku senyum. Kay sibuk bercerita tentang Audio System yang hendak dibelinya.

" aku nak beli system yang canggih. dan cerita kat abang aku. Biar dia jealous. Lepas tu, aku bawak balik malaysia dan hadiahkan untuk abang aku. Biar dia suprise." bersungguh dia bercerita. aku turut sama tersenyum. Kay, charming orangnya. bagaima gadis seperti aku tak rasa istimewa bila berjalan dengan Kay. Dia layan aku lebih baik dari yang lain. Lagipun, dia jadi pujaan kami. Pujaan aku.

Aku tahu kedudukan Kay. Dia ada buah hati di Malaysia. Tapi aku tetap intim dengannya. How can i resist. mungkin kerana berjauhan dengan keluarga. jadi apa-apa pon. kawanlah yang menjadi penawar duka. Sunyi. Tapi aku ada Kay dan Emon. Semuanya bermula di Kisdar. kami bersepuluh mmg rapat. tak dapat dinafikan. satu awan bak kata kami. Mmg pada mula-mula beremu ngan kay. aku kagumi kekacakannya. nampak smart selalu. Senyum dia. Just nice. Dialah yang hantar aku ke Bus Stand, dia la yang carikan aku cempedak goreng bila aku sibuk-sibuk nak makan, dia juga lah yang sorokkan kasut aku. Dia jugalah yang jerit nama aku bila nampak aku kat Kolej. Perkara-perkara kecil tu la yang membiolkan kami berdua.

Perjalanan diteruskan. Aku sibuk meneliti pokok2 renek ditepi jalan. itu tabiatku bila berjalan. rasberri yang hijau dan merah terjuntai. tangan gatalku mengutil sebiji. aku membelek buah tu dengan perasaan kagum. aku campak buah tuh dihadapan aku dalam jarak sekaki.. Bila aku sampai dekat. aku pijak. kenapa? aku curious apa yang akan terjadi. sudah pasti rasberi tu pecah.. dan aku pon nampak la jem rasberi atas jalan.

Kay mmg anak orang berada. Aku tak mcm dia. Duit yang ada cumalah duit sara diri yang diberikan setiap bulan. Dari jauh phone Booth berwarna merah tu bagai melambai-lambai kerinduan kami. Kay mempercepatkan langkah. Nak telefon kawan dia.. dan nak telefon buah hatinya. Aku senyum. dalam hati aku. Aku rasa seperti terbakar sedikit. Aku diamkan sahaja. Kay meminta aku tunggu dan masuk kedalam phone booth . Pintu tertutup lantas aku memeluk jaket yang membaluti tubuh. Erat. supaya udara sejuk tak dapat menerobosi jaket aku dan mencucuk-cucuk sehingga ke tulang. Angin bertiup kuat. Angin laut mmg sejuk. Aku membetulkan tudung aku. Kay sedang berborak dengan kawannya. Aku pasti kawan Kay terkejut dan tak percaya kay sanggup menelefon dari jauh. Aku teringat reaksi nenek bila aku menelefon nenek. "rasa macam kat sebelah rumah aje" aku tergelak mendengar pernyataan nenek. Habis bercakap, Kay meletakkan gagang. Dia mengeluarkan duit syiling lagi. satu, dua, tiga, empat,lima. lima pound. dan aku tahu no. siapa yang akan di dial. Aku dapat rasakan satu perasaan yang tak pernah aku rasa selama ni. "kau cemburu" bisik hati aku. Hatiku panas melihat dia tersenyum didalam phone booth tu. Tetapi aku tetap rasa sejuk ditgh2 angin yang bertiup. Dia gelak. Aku yang menunggu diluar. Dia sedap-sedap aje gelak kat dalam. Aku tak dapat menahan perasaan aku. aku tak mampu melihat dia berbual ditelefon dengan 'i know who'. Baik aku pergi. Aku tak mahu rasa bodoh berdiri diluar ni.

Aku ketuk cermin pintu phone booth tu. Kay tersentak. Mengangkat tangan dia tanda tunggu sekejap. Aku aku tunjuk library. Aku nak pergi. Sekarang! dan aku pergi. Aku berjalan tanpa memandang Kay. Lagipun library cuma lebih kurang 100 meter dari phone booth tu. Aku berjalan membetulkan beg sandang aku yang terlondeh sedikit dari bahu. Boots aku menguis daun yang jatuh. Dan tiba-tiba aku dengar nama aku dipanggil dari belakang. Kay sedang berlari2 anak untuk menyaingi aku. Aku berhenti menunggu Kay. Kami pon berjalan bersama menyusuri Cambridge Rd. menuju ke Frewen Library. Aku senyum. hati aku rasa puas.kay dan aku, meninggalkan phone booth merah itu yang semakin hilang dari pandangan.

1 comment:

spyz said...

aku comment ni ko dpt baca dlm email kan? he he..

ingat blogging, ingat cikdaun.. mesti teringat entry epic ini..

"kau cemburu..." - satu perasaan yg dah lama aku tak rasa...

makanan yg sedap itu bila ia dpt stimulate rasa2 yg kita boleh nikmati dgn lidah.. manis, pedas, masam etc..

mcm itulah juga dgn chenta...
sayang, benci, cemburu, rindu..(bahasa mudahnya.. angau.. ha ha...)

manisnya zaman itu...

"jgn musnahkan cinta ini
aku mahu terus merasakan... sakitnya...
sakitnyaaaa...."
- amy search - jgn musnahkan cinta ini...

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!