• 0
Balik kampung lepas sahur tu. Rasa damai jer jenjalan waktu subuh. Jalan pon lapang. Sejuk je. 7.30 aku selamat sampai. Mama macam hepi jer tengok anak dara kesayangan dia balik. :P Kacau2 ayah yang tengah tido2 kat depan. Borak2 ngan ayah. Mama pi sureco nyer apa tah.

Aku balik bawak sebeg baju yang tak basuh. Sekarang nih selalu hujan. Baju tak kering2. Housemate aku pon baru basuh selambak baju dia. Takder tempat nak sidai. *Anggap jer la ianya sebagai alasan*. Aku basuh baju aku and baju kat umah tu pon tak la banyak sangat. Baju aku yang berlambak2.

Kat rumah tu bukannya ada sesiapa pon. Mama, Ayah, Nina and aku. Mama keluar, Nina tak habis2 harrass aku untuk layan dia. Kesian dia. Sure sunyi sorang2 budak kat rumah tu. Kejenya berangan and menyanyi depan cermin. Dengan adanya aku kat rumah, ada la geng sket. Tapi aku jer yang dok buli dia.

Ayah and mama harap Nina jadi pengawas masa darjah 3 karang. Bila aku tanya Nina, dia pon kata dia nak jadi pengawas. Aku cerita masa aku darjah 5 dulu, aku kena buat public speaking. Masa bertanding jadi jawatan tertinggi Majlis Pengawas Sekolah. Aku tak prepare apa pon. Pepagi sebelum pi sekolah tu baru la terhegeh2 harrass Mama & Ayah buatkan speech sebaris dua. Dah nak nangis2 dah takmo pi sekolah. Aku ni ada nervous breakdown sket. :P End up, aku nyer speech paling power & bernas sekali. Dalam hati, Tuhan jer yang tau. Kaki rasa nak jatuh bedebup. Bebudak lain pon main bantai jer. Jadi, dengan bangganya aku dilantik jadi Penolong Ketua Pengawas. Nina mcm kagum jer dengar citer aku. Siap nak salin speech aku lagi. Ahaks.. Mana la aku ingat. Hopefully, kalau cikgu2 Nina nampak kepimpinan *baca: kegila kuasaan* dia. Dapat la budak kenit tu jadi Pengawas. Kalau tak, jadi mawas jer pun cukup.

Lewat dah nih. Balik la dulu. tada...

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!