• 0
Double Parking

Subuh aku dikejutkan dengan bunyi hon kereta yg berpanjangan. Bersahutan dengan bunyi pengumuman dari Surau Apartment aku. Nombor pendaftaran kereta yang di sebut oleh tukang umum tu tak berapa jelas kedengaran * yg pasti bukan no plet aku *. Tapi aku dah tau la apa problemnya. DOUBLE parking. *saje je buat capital.. sebab kalau jadi kat aku sendiri sure hangin meroyan*

Lepas subuh aku tido balik. Tapi bunyi hon tu still kedengaran. Bengong punya tuan punya kereta. dah la double parking. Kuar pi keje lewat. Kesian mangsa keadaan nih. Melepaskan geram denga tekan hon dengan penuh perasaan. Mengharapkan tuan punya kereta bodoh yang double parking tu dengar. Entah2 tgh lena tido cam kayu.

Apartment aku tu ada 4 blok. setiap blok ada 3 cabang dan 11 buah rumah setiap cabang. Blok A cuma 5 tingkat. The rest ada 12 tingkat.Cuba la darab. Baper ramai orang yg ada kereta. Parking tak seberapa. kalau balik lewat sket dah kene pi park kat hujung dunia. Badan dah letih. Nak kene berjalan jauh pulak tu. Jadi, untuk menyenangkan diri sendiri. Double parking la kat area2 dekat dengan blok dia. kalau keluar sebelum subuh tu takper la kots.

Bengong la. Aku dpt bayangkan betapa sakit hati si mangsa nih. Agaknya keje kat KL. Kena la kuar dalam kol. 6.30 gitu. Kalau ikut2kan marah dia, nak aje dia langgar kereta yg menghalang tu. Mcm *toot*.

Kenapa la nak senang je? Lepaskan la handbrake, sekurang2nya kereta bodoh kau tu boleh ditolak. Di tempat parking stesyen LRT Kelana Jaya pon gitu jugak. Tapi aku perhatikan setiap kereta yang double parking akan lepaskan handbrake supaya mudah ditolak, dan sendal batu kat tayar supaya tak ler melorot kalau tanah tu tak rata. kalau kereta automatik plak. Letak kat gear N. Baru la aman hidup berparking. ;)



Daun: Nak menyenangkan diri sendiri, tapi menyusahkan orang lain.

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!