• 0
Berkampung di Kampung

- Jumaat lepas aku ambil cuti mendadak. Ganti cuti tak jadi pada 6/12 lepas. Khamis petang aku balik ke Kampung berbekalkan semangat nak bercuti. Sebelum tu aku sempat pi kat Warta Bangi beli kain thai silikon bodo2 tu untuk jadikan blouse. Kaler maroon pink susu. <- pilih jer mana satu korang suka. :). Kepulangan aku disambut gembira oleh mama, ayah dan adik beradik aku. Ihiks. cam jiwang la pulak. *awat skema sangat?*

- Bila Along bawak si Tanja Tanja Nabil semua orang meluru nak cium dokong gomol dan sebagainya. Nak tengok tv pon tak jadi. Tapi bila ada si Tanja Nabil semua orang kene cakap perlahan. Tv nyer volume pon kene perlahan juga. Tak best la pulak. Along pon, setiap kali Nabil nak buat apa2. Siap buat anouncement. Gila attention betul.

- Waaahhh.. Aku dan mama berjaya siapkan 2 blouse. Ihiks. Konon nak jahit sendiri, ditakuti takder nafsu nak pakai. Nak kene ada sentuhan kasih sayang mama jugak. :P (Kalau jahit sendiri, jahit baju mungkin jadi kain lampin jer karang). Yeahh yeahh.

- Berjaya basuh kereta. Rasanya dah 4 bulan aku tak basuh. Ni dah kes tak sayang kereta. Dengan kerahan tenaga adik beradik. Upahnya eskrem yang kebetulan lalu kat depan rumah. Kalau tak aku balas dengan kasih sayang aku yang tak terbatas jer. Side mirror kanan aku yang suka sangat dilanggar oleh orang tu juga dah dibetulkan. Nampak normal. Tapi aku tukar cermin biasa aje. Bukan cermin cembung pon. :P

- Ahad tu balik P9. Aku bekalkan diri aku dengan bunga kantan, daun kunyit, pisang Kapok (aku tak tau org melayu panggil apa. pisang kapas kots). Ikan bilis dan udang kering yg along bawak balik dari Sabah pon mama bekalkan jugak. Sayangnya mama pada aku. And thanks to Yik dan Opik atas usaha menebang pokok pisang untuk santapan aku dihari2 akan datang. Jasamu dikenang.

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!