• 0
Tumpang lalu

Tahniah untuk Taufik (adik b) yang dapat 9A. Syukur Alhamdulillah

Lama tak bersiaran terasa gian pulak. Nantilah aku repair balik playground aku tu insyaAllah. Harini aku tumpang tulis kat sini. Boleh ek b? ihiks!

Ada sebuah hadis dari Abu Hurairah, Nabi saw bersabda;

"Akan ada suatu zaman pada umat manusia yang seseorang itu tidak lagi mempedulikan apa yang diambilnya (rezeki yang diterima olehnya) apakah dari yang halal atau dari yang haram." [Muslim]

Semalam aku sempat sembang dengan Pak Hamid. Kami pergi makan Nasi Kandar di Restoran Yasin, Jalan TAR. Restoran ni aku rasa tersangat overcharged.

Pak Hamid cakap dia pernah cadangkan kepada Pak Yap supaya videokan semua sesi praktikal virologi dan imunologi bukan saja untuk kemudahan pelajar tetapi untuk kesenangan dia juga (Pak Yap) supaya tak payah tiap-tiap sesi ulang balik buat demo praktikal yang sama. Dalam menjawab cadangan Pak Hamid tu Pak Yap kata dia rasa nanti macam makan rezeki (gaji) tak halal. Dengar komen Pak Yap ni Heng gelak. Heng kata dengan video pun kita masih dikira bekerja. Kena ikut peredaran zaman dan guna semua kemudahan canggih yang ada untuk mengajar.

Pak Yap dan Heng adalah kawan baik aku kat office. Walaupun diorang bukan muslim tapi tahu tentang konsep halal haram.

Pernah satu hari orang bagi Nabi Muhammad saw sebiji tamar. Nabi tak makan sebab beliau tak pasti samada tamar tu didapati secara halal atau tak. Kita sekarang ni main telan jer benda yang kita dapat. Janji sendawa.

Masa makan semalam juga aku nampak ada sorang pelanggan perempuan tu marah-marah. Aku tak dengar sangat apa yang dia senggugutkan sungutkan. Mungkin adalah tu yang dia tak puas hati mungkin makanan atau layanan kat kedai tu. Sebagai pengguna dia ada hak untuk suarakan rasa tak puas hati. Kerajaan pun ada satu kementerian khusus untuk itu.

Allah swt berfirman dalam al Quran;

"Allah kasih kepada mereka yang menahan kemarahan mereka" [ali Imran : 146]

Ini bererti bukan kita tak boleh marah atau ada perasaan marah. Marah jadi wajib pada sesetangah waktu. Marah itu berguna untuk melawan orang kafir, mencegah perbuatan mungkar dan melaksanakan tugas-tugas kebaikan.

Jelasnya orang yang waras adalah yang dapat menahan kemarahannya dan luahkan dengan cara berhikmah dan berhemah. Imam al Ghazali kata marah tak boleh dihilangkan sama sekali tapi boleh dilemahkan (ditahan) dengan jalan latihan (mujahadah).

Pernah sorang kawan baik bagi aku handphone dia pada aku. Aku yang gatal tangan delete semua mesej yang ada dalam inbox telefon tu. Dia marah tapi dengan senyum dia beritahu apa aku buat tu tak betul. Terkujat aku!

Allah swt juga berjanji akan melindungi kita yang berjaya menahan marah dari api nerakaNya. Rasullah saw bersabda;

"Barangsiapa menahan marahnya, maka Allah akan menahan siksaNya kepada orang itu".

Sorry banyak pulak aku membebel. Marah pulak b aku nanti. Aku suka dengar lagu ni. Downloadlar sementara masih tak kehabisan bandwidth

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!