• 0
PASAR RAMADHAN PRECINT 8


Semalam aku berkesempatan untuk pergi ke Pasar Ramadhan Precint 8 (P8) untuk kali kedua. Kali pertama aku pergi adalah pada hari puasa ke-3. Aku mengalami masaalah untuk mencari parking. Sangkaan aku pasar ramadhan tu terletak di deretan kedai dan bank2. Aku pun sudah ingat2 lupa. Ihiks. Rupa2nya Pasar Ramadhan p8 terletak di area Dewan Serbaguna Sebelah Pasar Awam P9. :)




Kali ni aku bijak sket. Aku ikut jalan belakang. Jadi aku jumpa Dewan serbaguna tu dulu. Aku nampak ada kereta keluar. Jalan masuk ditutup. Tapi aku redah jer guna jalan keluar tu. Yang penting aku tak parking jejauh. :)


- Ramai la jugak orang. Tapi tak seramai semalam. Pasar ni berbentuk L. Ramai la jugak yang berjual. Aku rasa yang mai bukan gerai dari Putrajaya. Mungkin dari area Dengkil or Kajang. Kat sini makanan dijual mahal sket berbanding dengan Pasar Ramadhan kat tempat lain (Serdang, Bangi or Dengkil). Diorang leh tekan harga sebab penduduk Putrajaya takkan nak pi jejauh ke Bangi or Serdang untuk dapat makanan yang murah sket aje. Tenaga kene simpan beb. Puasa la katakan.


- Kuih dijual dengan harga 40sen sebiji. 5 ketul 2 ringgit. Kalau bujang macam aku tak la nak beli sampai 5 ketul. Membazir aje. Aku beli kuih Puteri Ayu dari gerai makcik ni. 2 biji. Macam pelik aje makcik ni. Takper.


- Ada jugak akak yang tak jadi beli bila dengar harga kuih tu mahal sangat. Aku dapati macam tak berbaloi jugak. Kuih2 makcik ni memang nampak besar. Tapi nipis. Hmm. Nape leh jadi gitu ek? nak mengaburi mata pembeli ek?


-Aku jugak beli air tauhu. Rasa teringin pulak. Sebungkus 2 ringgit. Kalau kat Kampung aku seringgit jer. :). Tapi apa kelas kampung aku berbanding dengan Putrajaya kan? Aku beli air tauhu sejuk. Tanpa ais. Sebab air tauhu yang dah dibungkus tu direndam dakan ais. Jadi tak 'dilute' la air tauhu tu. Mungkih sebab tu harga dia 2 ringgit.


- Dari Cyberjaya ke Putrajaya. Jauh gerai Sirah Utara merantau. Daripada berjual kat Perhentian Bas Cyberjaya. Diorang bertapak ke Putrajaya. Lagi ramai pelanggan. Aku pelanggan tetap SIrah Utara. Terkejut pakcik tu tengok aku. Sempat borak2 dan dia tanya aku duduk mana. :)


- Aku beli Nasi kosong, Lauk ayam masak kicap dan sayur pucuk manis dan labu masak lemak. RM4 jer. Normal la tu. :)


- Banyak lagi lauk-pauk yang Sirah Utara jual. Aku rindu nasi goreng ayam dia. Nyum nyum


- Bukan semua barang jadi mahal. Ada juga yang turun harga. Macam Gerai Beriyani Gam Batu Pahat ni. Memang sah-sah sedap gila. Kalau dia jual kat Selera Putra berhadapan Souq tu. Rm 7 untuk ayam dan RM 8 untuk daging. Tapi masa bulan puasa ni dia jual RM5 untuk ayam atau daging. :) Sewa tapak murah. Habis sokmo.


-Pandangan keseluruhan atas Pasar Ramadhan P8. Tengok dari atas ke bawah (kiri ke kanan).





- Ok la tu kan? Cuma parking susah sket. Congested. kesian pulak orang yang duduk apartment sebelah. Nak masuk rumah pon susah. ek Khalil? Sonang jo. Punya la dekat dengan pasar. kalau telefon gerai tu. Silap-silap boleh dapat free delivery :P.

- Lihatlah senario parking kat sini. Jalan kecik. Tempat parking sket. Jadi tak baper cun la Putrajaya ni nampaknya. :). Semak sket bila ramai orang berpusu2 datang dalam masa yang sama. Bila lunch hour dan pasar ramadhan. Kadang tu aku kene tawaf dua kali untuk dapat parking kat tepi tpt pembuangan sampah kalau nak lunch kat precint 8. Ihiks. sabar jer la.





- Kesimpulannya, Alhamdulillah. Aku bersyukur ada pasar ramadhan kat are Putrajaya ni walaupun tak seberapa dan harganya mahal sket dari tempat lain. Malam tu aku makan seorang. Bermenukan, nasi putih berlauk ayam masak kicap dan sayur lemak. Kuih puteri ayu dan air tauhu. Total = RM 6.80. Jangan membazir. :)

No comments:

Where my heart is

About This Blog

Luahan pankreas cik daun yang kadang-kadang terlupa yang dia sudah jadi ibu dan isteri. Masih kadang-kdang mahu berperangai seperti zaman belajar-belajar (mentah).

Masih belajar-belajar nak jadi ibu dan isteri dan mengekalkan diri jadi anak yang call emaknya seminggu sekali dan kakak yang cool untuk adik-adiknya yang berenam.

Ok!! Saranghae!!!! (buat tangan bentuk love atas kepala)

title3

Followers

About me

My photo
Puncak Jalil, Malaysia
Seorang anak, isteri dan ibu. Penat siot!!